Asuh

Makanan Ini Boleh Jadi Punca Bayi Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Kena Hati-Hati!

16
SHARES
BAYI MENINGGAL

Bayi meninggal dalam kandungan sudah tentunya perkara menyedihkan untuk dilalui oleh ibu ayah. Hal ini boleh berlaku disebabkan beberapa punca seperti pemakanan yang tidak dijaga.

Jadi, ibu-ibu perlu mengambil berat dalam pemilihan makanan supaya tidak menyebabkan bayi kematian dalam kandungan. Berikut beberapa senarai perlu dielakkan.

Baca juga: 12 Tips Jadi Ibu Penyabar Menurut Islam, Jangan Selalu Marah-Marah!

BAYI MENINGGAL DALAM KANDUNGAN, MAKANAN INI PUNCANYA

BAYI MENINGGAL

1. Produk tenusu dan keju

Produk tenusu yang tidak dipasteurisasi atau masak dengan betul berkemungkinan mengandungi bakteria Listeria. Ini boleh menyebabkan jangkitan yang dipanggil listeriosis.

Listeriosis boleh menyebabkan keguguran, bayi meninggal dalam kandungan atau dilahirkan dalam keadaan yang tidak sihat.

Jadi, makanan yang perlu dielakkan oleh ibu ketika mengandung adalah:

– Sebarang makanan bersusu yang tidak dipasteurisasi dengan betul.

– Keju yang tidak dipasteur.

– Susu kambing, biri-biri dan lain-lain yang tidak dipasteurisasi.

2. Daging dan ayam

Daging dan ayam boleh menjadi makanan bahaya untuk dimakan sekiranya mentah dan kurang masak. Ia boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

Daging dan ayam yang tidak dimasak elok berkemungkinan tinggi mengandungi parasit di dalamnya. Selain itu, orgam dalaman ayam juga perlu dielakkan untuk makan.

Jadi, elakkan pengambilan:

– Daging mentah atau kurang masak

– Hati dan organ dalaman lain.

– Daging haiwan buruan seperti ayam hutan, itik dan lain-lain.

3. Telur

Telur ayam mengandungi salmonella di dalamnya dan ia boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya salah cara memasak.

Ibu mengandung dinasihatkan untuk berhati-hati sekiranya makan dan masak telur kerana sekiranya terlalu mentah boleh menyebabkan bayi mati dalam kandungan.

4. Ikan

Walaupun ikan bagus dan baik untuk perkembangan bayi namun ibu tetap juga perlu mengehadkan jumlah pengambilan dalam seharian.

Anda juga perlu mengelakkan ikan berminyak kerana ia boleh mengandungi dioksin dan bifenil berklorin. Jika makan terlalu banyak, boleh mendatangkan bahaya.

Ibu seharusnya tidak makan lebih daripada:

– Dua hidangan ikan salmon, makarel, trout selama seminggu.

– Empat tin tuna bersaiz sederhana kira-kira 140g setiap minggu.

5. Makanan laut

Makanan laut yang tinggi merkuri boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan. Menurut kajian pakar pemakanan, merkuri yang terkumpul boleh boleh mengakibatkan perkembangan otak bayi terganggu.

Jadi, bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, elakkan senarai makanan di atas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ibu Ayah Jangan Takut, Guna Bunyi ‘Shh’ Tidurkan Anak Tak Undang Syaitan

Sumber: Nidirect & The Bump

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×