Nur

Rupanya Ini Hukum Ambil Anak Angkat Berbeza Agama, Ramai Dah Tahu Ke?

18
SHARES
HUKUM MENGAMBIL ANAK ANGKAT

Mengambil anak angkat merupakan salah satu inisiatif boleh dilakukan oleh pasangan berkahwin sekiranya tidak dikurniakan cahaya mata. Namun, proses ini perlu diselarikan dengan ilmu hukum mengambil anak angkat kerana mungkin dari agama berbeza.

Dari sudut undang-undang setempat, Malaysia secara umumnya membenarkan pengambilan anak angkat. Ini seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253).

Baca juga: Suami Suruh Besarkan Payudara Sebab Leper? Tapi Dalam Islam Dibenarkan Atau Tidak?

HUKUM MENGAMBIL ANAK ANGKAT BUKAN AGAMA ISLAM

HUKUM MENGAMBIL ANAK ANGKAT

Seorang Islam boleh mengambil anak angkat dalam kalangan bukan Islam namun ia bukan perkara yang mudah kerana hukum hakamnya perlu diketahui dan dipelihara dan ia berbeza dengan hukum dan batasan anak angkat yang Muslim.

Dalam Buku Arahan Pendaftaran Pengangkatan 1952 menyatakan bahawa kanak-kanak beragama Islam tidak boleh dianakangkatkan oleh ibu bapa angkat yang bukan beragama Islam.

Jika anak angkat itu perempuan, bapa angkat tidak boleh mewalikan anak tersebut bahkan yang layak menjadi walinya adalah bapa kandungnya.

Antara isu yang penting berkenaan dengan pengambilan anak angkat ini adalah berkenaan dengan batasan pergaulan dan perhubungan sebaik sahaja anak ini mencecah usia baligh.

Dari sudut hubungan anak angkat perempuan dengan bapa angkat dan juga anak angkat lelaki dengan ibu angkat. Secara asasnya, anak angkat yang telah sampai usia baligh yang berlainan jantina dengan ibu bapa mereka merupakan ajnabi (orang asing) kepada mereka.

Ini kerana mereka pada umumnya tidak mempunyai hubungan nasab (keturunan) dengan ibu bapa angkat mereka.

Kesimpulannya, hukum mengambil anak angkat berbeza agam adalah dibenarkan. Ini kerana perlu mengira keperluan jiwa pasangan yang tidak direzekikan anak untuk mendapat peluang membesarkan anak.

Demikian juga suatu langkah menjaga anak-anak yang tiada penjaga lebih-lebih lagi anak yatim. Bahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’d R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا وَقَالَ بِإِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى

Maksudnya: “Aku dan mereka yang memelihara kebajikan anak yatim di dalam syurga adalah seperti ini dalam keadaan baginda menunjukkan dua jari baginda iaitu jari telunjuk dan juga jari tengah.”

Baca juga: Pakai Baju Terlalu Pendek & Aurat Terdedah! Ramai Lelaki Cuai Hal Ini…

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Utusan TV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×