Nur

Pakai Baju Terlalu Pendek & Aurat Terdedah! Ramai Lelaki Cuai Hal Ini…

80
SHARES
aurat lelaki

Aurat lelaki dan perempuan ketika solat perlu diambil berat kerana itu merupakan satu perkara dituntut dalam Islam. Walaupun nampak seperti biasa, namun masih ramai dalam kalangan kita yang cuai mengenai perkara ini.

Hal ini sama seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Mansur Romli di mana ada aurat lelaki terdedah ketika solat kerana berpakaian terlalu pendek.

Baca juga: Jangan Sedih Jika Badan ‘Besar’, Baca Doa Kuruskan Badan Ini Setiap Hari. InsyaAllah Berkesan!

AURAT LELAKI KETIKA SOLAT TERDEDAH SEBAB BAJU TERLALU PENDEK

aurat lelaki

Umat Islam dituntut untuk sentiasa menutup aurat ketika hadir ke mana-mana masjid. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Maksudnya: “Wahai anak Adam pakailah pakaian yang indah (menutup aurat) setiap kali memasuki masjid.”

Walau bagaimanapun, perkara ini masih tidak dititikberatkan oleh kaum lelaki kerana masih ada dalam kalangan mereka yang membiarkan aurat terdedah ketika solat.

Beliau menjelaskan bahawa ramai lelaki masih lagi bersikap cuai sehingga membiarkan aurat terdedah ketika solat.

Jelasnya, rara-rata lelaki akan solat dalam keadaan baju terlalu singkat dan seluar dipakai secara ‘rendah’ atau londeh. Hal ini kerana cawat pendek yang menyebabkan nampak seluar dalam serta aurat bahagian badan belakang ternampak.

“Ramai orang lelaki cuai dalam keadaan ini iaitu baju singkat dan seluar dipakai rendah ketika solat. Seluar rendah kerana cawat yang pendek menyebabkan nampak seluar dalamnya dan mendedahkan aurat.

“Gambar di atas adalah keadaan di mana ketika lelaki ini sedang duduk. Bahagian belakangnya terbuka. Keadaan ketika sujud pasti lebih terbuka dan terdedah. Hal ini ramai lelaki cuai. Akhirnya aurat terbuka ketika solat,” ujarnya.

Jadi, beliau menasihati agar lelaki di luar sana sentiasa berhati-hati. Pakai pakaian bersesuaian sekiranya ke masjid bagi mengelakkan aurat terdedah.

Baca juga: Jangan Guna Taktik Ambil Tempat Duduk Orang Lain Dalam Masjid & Terus Solat Sunat

Sumber: Facebook Mansur Romli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×