Nur

Alamak, Doktor Minta Nak Check Dalam Baju? Boleh Ke Tunjuk Aurat? Mufti Jelaskan…

34
SHARES
aurat perempuan

Sebagai seorang Muslim, penjagaan aurat terutamanya dalam kalangan wanita amatlah penting supaya sentiasa menepati syarak. Namun ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan aurat perempuan yang sakit dan perlu dirawat oleh pakar perubatan berlainan jantina? Pasti rama malu dan was-was sama ada aurat itu boleh didedahkan bukan?

Bagi meleraikan segala persoalan mengenai isu ini, berikut merupakan penjelasan dari Prof.Madya.Dr. Mohamad Sabri Haron mengenai isu ini.

Baca juga: Mommy Boleh Kurangkan Sakit Kontraksi Dengan Mandi Air Suam & Amal Bismillah Syifa’

APA AURAT PEREMPUAN JIKA DIRAWAT DOKTOR LELAKI?

aurat perempuan

Soalan:

Doktor ingin memasukkan kamera dalam rahim seseorang wanita demi untuk mengetahui punca mandul dan untuk merawatnya supaya boleh mengandung. Tetapi doktor yang melakukan itu semua adalah lelaki. Adakah ia dibenarkan syarak?

Jawapan:

Menurut Mufti Terengganu, memang dalam syariat Islam mengharamkan melihat aurat sesama jantina dan berlainan jantina. Sebab itu, Islam memerintahkan umatnya supaya menutup aurat. Namun, bagi tujuan rawatan kalau tiada jalan melainkan didedahkan aurat, maka diharuskan perawat melihat aurat pesakit dan pesakit pula boleh mendedahkan auratnya. Lihat keterangan dalam kitab Iqna’, kitab Mughni al-Muhtaj dan kitab Badaie a-Sanaie.

Para ulama telah sandarkan keharusan ini kepada hadith Nabi s.a.w:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ رضي الله عنها اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا

Maksudnya:

“Sesungguhnya Ummu Salamah r.a meminta keizinan Rasulullah s.a.w untuk berbekam, lalu baginda memerintahkan Abu Taibah membekamnya (Ummu Salamah).”

Berdasarkan hadith ini, tatkala Ummu Salamah r.a meminta izin kepada Nabi s.a.w untuk rawatan bekam, baginda mengizinkannya dan menyuruh Abu Taibah merawatnya. Para ulama telah memberi pandangan bahawa boleh bagi perempuan yang sudah atau belum baligh dirawat oleh doktor lelaki yang bukan mahram tetapi berdasarkan garis-garis panduannya. Jika panduan itu tidak dilaksanakan, maka akan jatuh kepada hukum haram semula.

Walaubagaimanapun keharusan ini tertakluk kepada kaedah fiqh iaitu:

الضرورة تقدر بقدرها

Maksudnya:

“Darurat itu mengikut kadar keperluannya.”

Jika ada bahagian aurat yang perlu didedahkan, maka cukuplah setakat yang perlu untuk prosedur itu tanpa melampaui bahagian badan lain. Justeru kadar darurat ini akan berubah mengikut keadaan yang diperlukan.

Dari segi perawatan, ada prosedur yang bersifat pemeriksaan, penyiasatan, penyelidikan dan seumpamanya lagi. Jadi perkara itu jika memerlukan pendedahan aurat, maka haruslah sekadar yang diperlukan.

Situasi lain yang juga menyumbang kepada keadaan darurat melihat aurat antara perawat dan pesakit yang berlainan jantina ialah kekurangan doktor dalam bidang tertentu. Contohnya ialah pakar sakit puan di kalangan wanita kurang. Berhubung dengan soalan di atas, maka keharusan untuk melakukan perkara tersebut tertakluk kepada:

-Tiada doktor wanita
-Rawatan itu perlu
-Dengan kehadiran suami atau mahramnya
-Hanya menyentuh atau melihat aurat yang perlu sahaja

aurat perempuan

*Jadi, jangan mempersoalkan jika pesakit perempuan dirawat oleh doktor lelaki ya!

Baca juga: Hukum Solat Ketika Kontraksi Bersalin & Air Ketuban Nak Pecah..Masih Perlu Solat Tak?

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Terengganu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×