Suami Isteri

Bila Suami Nak Poligami, Isteri Boleh Tuntut Harta Sepencarian. Jadi Perempuan Kena Bijak!

6
SHARES
HARTA SEPENCARIAN

Para isteri di luar sana, kalau suami nak berpoligami jangan dibiarkan sahaja tetapi tuntutlah harta sepencarian. Hal ini supaya suami berlaku adil dan membela nasib diri sendiri serta anak.

Jadi, sekiranya suami ‘tersayang’ memilih untuk berpoligami, isteri jangan diam sahaja tetapi lakukanlah beberapa perkara seperti perkongsian di bawah. Penting!

Baca juga: Wahai Suami, Ikut Nasihat Ini Kalau Dapat Isteri Keras Kepala. Jangan Sesekali Tinggikan Suara

HARTA SEPENCARIAN BOLEH DITUNTUT KALAU SUAMI NAK BERPOLIGAMI

HARTA SEPENCARIAN

Jadi isteri, kena cerdik supaya anda dan anak-anak tidak terabai. Harta sepencarian wujud dalam 3 keadaan:

Oleh itu puan-puan, kalau suami hendak berpoligami, jangan larang sebab kalau dilarang, lagi dia nak buat. Tiada alasan, boleh dicipta seribu satu alasan.

Arahkan dia dapatkan kebenaran berpoligami di mahkamah tinggi syariah dahulu. Kalau di Wilayah Persekutuan, di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah; kalau di Selangor, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Masa dipanggil beri keterangan oleh mahkamah, anda maklumkan hendak buat tuntutan harta sepencarian. Jangan tidak pergi ya.

Selalunya, tidak perlu peguam pun. Anda hanya perlu berani bercakap dalam mahkamah, di hadapan Hakim. Cakap apa yang dimahukan daripada poligami yang suami inginkan.

Kalau suami ada syarikat, mohon kepada mahkamah untuk anugerahkan sebahagian saham syarikat kepada anda, tak dapat 50%, dapat 30/40% pun dah memadai, bersesuaian dengan sumbangan anda.

Rumah yang beli atas nama bersama, tuntut la bahagian suami. Tukar nama terus atau paling tidak hibah rumah itu kepada anda.

Selepas itu, beritahu mahkamah sekali, nafkah bulanan yang wajib untuk anak-anak adalah sekian amaun; RM8000 sebulan sebagai contoh.

Tak akan nafkah anak-anak sahaja, nafkah isteri kena minta sekali. Selain nafkah makan minum, nafkah untuk yuran jiwa tertekan perlu juga diambil kira. Jaranglah hidup berpoligami ini tidak teruji jiwanya.

Akhir sekali, minta suami ambil hibah takaful, letak penama manfaat anda sebagai isteri. Tak perlu banyak, RM 5 juta manfaat dah memadai selain daripada harta pusaka suami yang lain.

Ingat, ketepikan perasaan sedih dan marah kepada suami. Salurkan pada tempat, masa dan ketika yang betul. Kena pastikan masa depan anda dan anak-anak terbela. Jadilah ibu-ibu yang bijak.

Baca juga: Isteri Kongkong Punca Kesihatan Mental Suami Terganggu, Mereka Pun Nak Me Time Juga

Sumber: Facebook Mohd Ariff Azim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×