Apabila berbicara mengenai perempuan badan berisi, rata-rata beranggapan pasti ramai lelaki yang tidak suka. Walau bagaimanapun, tekaan anda sebenarnya salah kerana kebanyakan kaum Adam lebih menyukai wanita berbadan besar.
Ada beberapa faktor yang membuatkan lelaki lebih suka dan memilih perempuan badan berisi. Ikuti perkongsian lanjut artikel ini di bawah.
Baca juga: Doktor Kongsi Cara Elak Sakit Perut Pada Bulan Puasa, Baru Bertenaga & Tak Pedih Ulu Hati
6 SEBAB LELAKI LEBIH SUKA PEREMPUAN BADAN BERISI
1. Yakin dengan penampilan diri
Wanita bertubuh besar memiliki sikap positif iaitu sentiasa yakin dengan penampilan diri. Apabila di luar, mereka yakin dengan penampilan tanpa memikirkan apa yang orang lain fikir tentang dirinya.
Sikap seperti ini secara tidak langsung boleh menarik minat para lelaki.
2. Suka aktiviti lasak
Walaupun memiliki badan besar namun mereka gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki. Jadi, lelaki di luar sana jika ingin pasangan hidup lebih aktif, boleh cari wanita badan berisi.
3. Berfikiran terbuka
Lelaki lebih sukakan perempuan badan berisi kerana mereka berfikiran terbuka. Sikap positif seperti tidak berahsia menjadi sebab lelaki jatuh cinta kepadanya.
Bukan sahaja berfikiran terbuka, wanita yang memilki badan berisi juga pandai mengawal mood dan mudah terhibur.
4. Suka makan
Jika anda suka makan dan ingin meneroka kedai makan baharu, gadis ‘chubby’ adalah pilihan tepat. Hal ini kerana mereka sudah tentunya lebih arif tentang dunia makanan.
5. Cantik
Seterusnya, lelaki lebih gemarkan wanita badan berisi kerana memiliki wajah dan senyuman yang manis sepanjang masa. Aura positif itu membuatkan mereka disenangi ramai.
6. Lebih subur
Akhir sekali, lelaki lebih gemar wanita badan berisi kerana mereka dikatakan lebih subur. Ini kerana memiliki punggung lebar difaham lebih mudah untuk melahirkan anak.
*Jadi, lelaki di luar sana setuju tak dengan sebab yang dikongsikan ini?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan mengambil atau menyiarkan kandungan artikel ini di laman website yang lain tanpa pemberian kredit yang tepat.
Baca juga: Dr Rizal Abu Bakar Kongsi Tips Elak Haus Pada Bulan Puasa, Hilang Terus Rasa Dahaga!
Sumber: Only My Health & You Queen