Sihat

Isteri Jangan Stres Kalau Lebih Cepat Gemuk Berbanding Suami, Ini Puncanya…

2
SHARES
WANITA LEBIH CEPAT GEMUK

Para isteri di luar sana perasan tak, walaupun sudah jaga makan namun tetap wanita lebih cepat gemuk berbanding lelaki? Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samhan di laman Facebooknya, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Jadi, kalau ingin diet dengan suami, jangan putus asa kalau nampak cik abang lebih cepat penurunan badan berbanding anda.

Baca juga: Cara Hilangkan Sakit Mata & Gatal Tanpa Guna Ubat, Paling Mudah Jimat Duit!

WANITA LEBIH CEPAT GEMUK BERBANDING LELAKI, INI SEBABNYA

wanita lebih cepat gemuk

Kenapa wanita lebih cepat gemuk berbanding lelaki? Menurut kajian yang dijalankan oleh University of New South Wales (UNSW), kaum hawa mungkin lebih mudah gemuk berbanding lelaki.

Hal ini kerana, wanita mempunyai Kadar Metabolisme Sewaktu Rehat (RMR) yang lebih rendah daripada lelaki. Ini bermakna mereka membakar lebih sedikit kalori untuk mengekalkan fungsi asas kehidupan mereka seperti pernafasan, penghadaman, dan penyingkiran, berbanding lelaki.

Wanita berbadan kecil mungkin memerlukan hanya 1,000 kalori sehari untuk mengekalkan fungsi badan yang normal, manakala wanita berbadan besar mungkin memerlukan kira-kira 1,600 kalori sehari.

Sebaliknya, lelaki memerlukan antara 1,400 dan 2,000 kalori sehari untuk menjalankan fungsi badan yang normal. Apabila wanita membakar lebih sedikit kalori untuk fungsi kehidupan asas berbanding lelaki, dia kehilangan berat badan yang lebih rendah daripada lelaki setiap hari.

Jadi, penurunan berat badan pada wanita adalah lebih perlahan berbanding lelaki. Wanita mempunyai berat badan lebih daripada lelaki walaupun mengamalkan diet biasa dan tidak mempunyai makanan yang menambah berat badan.

Inilah sebabnya mengapa wanita memerlukan diet yang dirancang dengan baik untuk penurunan berat badan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rahsia Hilangkan Resdung Guna 4 Bahan Di Dapur, Amalkan Minum Setiap Pagi

Sumber: Facebook Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×