Famili

“Latihlah Diri Jadi Ibu Bapa Yang Mudah Terhibur Dengan Anak….”

9.5K
SHARES
ibu bapa mudah terhibur

Sebagai ibu bapa pasti tidak mudah untuk mereka bekerja dan pada masa yang sama harus menguruskan anak-anak. Tambah pula dengan keadaan pandemik di mana terdapat segelintir parents harus bekerja daripada rumah. Namun, ibu bapa haruslah sentiasa gembira dan mudah terhibur dengan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.

Mudah terhibur? Macam mana tu? Menerusi perkongsian pakar di Facebook bernama Wawa Shauqi, perasaan mudah terhibur dengan aktivti anak-anak mampu membuatkan diri kita lebih bersyukur.

Baca juga: 6 Tips Mudah Menyuruh Anak Tanpa Perlu Jerit & Marah-Marah, Menjadi!

LATIH DIRI JADI IBU BAPA MUDAH TERHIBUR DENGAN ANAK

ibu bapa mudah terhibur

Jadi mak ayah ni, kena latih diri untuk mudah terhibur.

Pernah satu ketika ni saya ditegur. Macam mana saya boleh bersabar dan steady bila anak kacau saya waktu tengah rekod video. 

Ada satu video tu, saya biarkan je anak main-main kat sebelah. Saya ni bukanlah 100% penyabar. Ada tahap yang saya goyah juga. Pulak tu saya spesis yang mudah annoyed juga.

Tapi saya perasan, bila saya LATIH diri untuk mudah terhibur, saya melihat banyak perkara dari sudut yang membahagiakan. Bayangkan kalau semua benda kita pandang serius.

Anak main kejar-kejar kita akan mudah rimas.  Anak terloncat, jantung kita pun ikut meloncat.

Anak memanjat, sabar kita terperanjat. Anak menjerit happy pun kita ikut menjerit.

Tapi kalau kita cuba pandang guna sudut ‘mudah terhibur’, kita akan tersenyum dengan hampir setiap telatah anak.

Anak berkejaran, kita rasa syukur mereka masih sihat. Anak memanjat, kita akan perasan betapa cepatnya mereka membesar.

ibu bapa mudah terhibur

Anak menyepah, kita dapat bayangkan hebatnya otak mereka bekerja.

Jangan kata hal anak. Saya ni kalau start mode mudah terhibur, tengah basuh blueberry hari tu pun rasa berbunga di hati. Pebenda. 

Tengah potong brokoli pun tergelak kecil. Tah apa yang comel kat brokoli tu.

Dapat basuh tangan pun ya Tuhan nikmat rasa air lalu ke tangan. Pijak rumput pun, sedap betul rasa tapak kaki memijak.

Dapat berguling dengan anak-anak pun, terhibur sungguh rasa.

Betapa besarkan impak positif bila kita latih diri jadi mudah terhibur ni. Kita akan jumpa nikmatnya bila memandang sesuatu dari sudut membahagiakan.

Kadang bila dah overdose terhibur tu, pinggang sakit dan tapak kaki pedih dek lama berdiri dan non stop buat kerja pun… Badan terasa rasa puas semacam. Sebab hati bahagia dapat divert ‘letih’ kepada ‘rasa diri produktif’.

Cuba. Latih. Pilih.

Untuk jadi ibu yang lebih bahagia. Lebih ceria. Mana tau, keceriaan awak tu berjangkit kat orang yang melihat awak.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×