Famili

Servis Apartment Yang Paling Hangat 2024 – Se.duduk D’ Kajang, Impian Jadi Kenyataan!

41
SHARES

Bagi mereka yang sudah bekerja, couple, baru berkahwin ataupun sudah berkeluarga, pasti anda pernah terfikir untuk memiliki rumah sendiri kan. Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, terutamanya sewaktu membeli rumah pertama!

Salah satu faktor utama adalah lokasi rumah. Anda pasti mahukan rumah yang dekat dengan lebuhraya, pengangkutan awam, kedai runcit, restoran dan sebagainya bukan?

Kalau macam tu, kami dah jumpa rumah yang bakal menjadikan impian anda jadi kenyataan!

Lokasi yang sangat strategik, dekat dengan kawasan keperluan

Setiap orang pasti mahukan rumah mereka di kawasan yang strategik dengan akses yang mudah. Lokasi rumah haruslah seiring dengan keperluan gaya hidup kini juga. Barulah tak bosan setiap hari.

Solusinya, Se.duduk D’ Kajang adalah pilihan yang tepat untuk anda.Lengkap dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya seperti restoran, kedai serbaneka, dan juga pasaraya besar seperti Billion, Lotus’s dan Mydin. Pastinya memudahkan perjalanan komuniti setempat. Chef Kecik Café yang terkenal juga merupakan salah satu kafe yang ada dekat situ tau!

Dengan adanya kemudahan sebegini, ia sekaligus dapat memenuhi keperluan harian anda. Apa yang kami boleh katakan, anda akan seronok tinggal di Se.duduk D’ Kajang bersama yang tersayang.

Mempunyai akses mudah ke lebuhraya & pengangkutan awam

Dengan akses mudah ke 6 lebuhraya utama seperti SILK, LEKAS, PLUS dan GRAND SAGA, perjalanan anda lebih mudah tanpa perlu risau lagi.

Adakah anda sering menggunakan pengangkutan awam? Jika ya,maka kurang bebanan anda sekiranya anda menginap di Se.duduk D’ Kajang. MRT dan KTM Kajang pun sangat dekat, 2km* boleh sampai KTM dan MRT Kajang 4.7km* pun boleh sampai!

Institusi seperti Rafflesia International School, Universiti Kebangsaan Malaysia, New Era University College, German-Malaysia Institute dan Kolej Polytechnic Mara Bangi juga berdekatan.

Se.duduk D’ Kajang turut berdekatan dengan kemudahan kesihatan seperti Brittania Women & Children Specialist Centre, Kajang Hospital, Kajang Plaza Medical Centre and KPJ Kajang Specialist Hospital.

Se.duduk D’ Kajang selesa didiami untuk semua golongan

Se.duduk D’ Kajang berkeluasan 1000 kaki persegi* dengan 3 bilik tidur*, 2 bilik air* dan 2 tempat letak kereta*. Ruangnya yang praktikal membuatkan ia selesa untuk didiami oleh semua orang.

Se.duduk D’ Kajang juga menyediakan kemudahan fasiliti seperti bilik gim, kolam renang, taman permainan dan sebagainya. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, datang dengan separa beperabot*, seperti lampu, penghawa dingin, kabinet dapur bawah dengan hob, mesin pengering, pemanas air serta kunci digital di pintu masuk utama. Bagusnya!

Secara ringkasnya, Se.duduk D’ Kajang merupakan kediaman terbaik untuk masa depan yang kukuh bersama keluarga. Paling penting, harganya bermula dari RM400K*!

Jom ke Bazar di Se.duduk D’ Kajang, banyak aktiviti menarik!

Galeri Jualan dan Pameran Unit Se.duduk D’ Kajangg kini dibuka secara rasmi. Bagi yang berminat untuk memiliki servis apartment idaman, lengkap dengan keperluan gaya hidup yang diinginkan serta mudah dimiliki. Jom kunjunginyasekarang!

Pada 9-10 Mac 2024, Se.duduk D’ Kajang juga akan mengadakan “Sawadeeka duduk Thai Food Fair!

【Sawadeeka duduk Thai Food Fair】
Tarikh: 2 – 3 & 9 – 10 Mac 2024 (Sabtu & Ahad)
Masa: 4PM – 10PM
Lokasi: Se.duduk D’ Kajang

Jika berminat, anda boleh mula mendaftar di sini. Jom dapatkan rumah idaman anda di Se.duduk D’ Kajang sekarang!

*Tertakluk kepada terma & syarat. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×