Mungkin ramai dalam kalangan anda yang merupakan pemegang akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Maklumlah, ini merupakan salah satu tempat penyimpanan wang kecemasan yang amat disarankan. Namun, kalau tiba-tiba hendak keluar duit ASB iaitu wang kecemasan ini, sudah pasti anda terpaksa beratur panjang di cawangan pejabat dan mengambil masa sehari.
Rupa-rupanya ada cara lain supaya anda tak perlu beratur untuk keluarkan duit urgent ini, hanya guna cara online sahaja! Kebetulan, sekarang ramai yang nak keluarkan duit dividen kan?
Baca juga: “Sewa Mahal, Harga Pun Mahal La..”- KPM Minta Lapor Jika Harga Makanan Kantin Sekolah Naik
CARA KELUAR DUIT ASB, TAK PAYAH BERATUR DI KAUNTER ASNB
Akhirnya tak payah susah payah beratur dekat ASNB untuk keluar duit kalau kita urgent nak guna duit tabung. Anda boleh follow tips ni senang je dan confirm duit selamat dalam bank. First download apps ASNB.
1. Buka apps ASNB kemudian klik jualan balik.
2. Kemudian klik pada ‘harga tetap’
3. Kemudian dia akan keluar bahagian ni. Tekan jumlah pengeluaran yang anda mahukan. Minimum pengeluaran ialah RM100. Kemudian tick pada kotak dibawah.
4. Pastikan nombor akaun telah dikemaskini dan nombor akaun atas nama sendiri untuk digunakan.
5. Kemudian akan keluar bahagian begini. Makna kata proses untuk keluarkan duit telah berjaya tinggal tunggu je duit masuk ke dalam akaun nombor yang berdaftar dalam tempoh masa satu hari bekerja. Selamat mencuba. Semoga urusan korang semua dipermudahkan.
Dah settle!
Sumber: Twitter @kikilalana