Rakyat

“Sewa Mahal, Harga Pun Mahal La..”- KPM Minta Lapor Jika Harga Makanan Kantin Sekolah Naik

25
SHARES

Seringkali kita dengar rungutan ibu bapa yang mengatakan bahawa harga makanan di kantin sekolah semakin tinggi. Ini menjejaskan kewangan orang ramai kerana tidak semua ibu bapa dapat menyediakan makanan terlebih dahulu untuk anak-anak bawa ke sekolah. Lagipun, harga bahan mentah pun semakin meningkat.

Oleh itu, rakyat meminta penjelasan dan tindakan dari Kementerian Pendidikan mengenai isu ini yang dikira tidak boleh dibiarkan terlalu lama dan perlu penyelesaian.

Baca juga: ‘Muhammad’ Nama Kedua Paling Popular Untuk Bayi Di Netherlands, Wah!

LAPOR JIKA HARGA MAKANAN KANTIN SEKOLAH NAIK- KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) meminta pihak berkaitan mengemukakan aduan berhubung dakwaan berlaku kenaikan harga makanan kantin sekolah sehingga 50 peratus.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya memantau secara konsisten kenaikan harga makanan yang dikatakan berpunca daripada peningkatan harga bahan mentah.

“Kantin ada garis panduan, sekolah dan kontraktor (pengusaha kantin) tertakluk dengan garis panduan berkenaan.

“Justeru, jika ada dakwaan kenaikan harga, mereka mesti rujuk kontrak dipersetujui dan garis panduan yang dibuat dengan sekolah dan pemegang taruh.

“Harga makanan adalah isu besar kerana ia bukan sahaja dengan kontraktor kantin dan sekolah tetapi juga Kementerian Kesihatan (KKM) kerana perlu melihat aspek nutrisi dan diet kanak-kanak

‘SEWA MAHAL, HARGA PUN MAHAL LA..’

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet yang menyuarakan pendapat yang sama apabila mengatakan bahawa harga di kantin mahal kerana sewa yang mahal.

Bukan itu sahaja dek kerana harga pasaran bahan mentah pun mahal, peniaga terpaksa menaikkan harga untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, kerajaan diminta untuk menyelesaikan keraguan yang dialami oleh rakyat supaya isu ini tidak dibangkitkan semula.

Sumber: Berita Harian, Twitter @FadhlinaSiddiq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×