Famili

Jangan Lupa Pantau Diet Anak Di Rumah – Ini Pesan Pakar Nutrisi Yang Anda Wajib Ambil Tahu!

21.7K
SHARES

Bagi ibu bapa yang bekerjaya, kami yakin sepanjang musim wabak ni segalanya jadi terhad. Mana taknya, sambil sibuk bekerja dari rumah, tanggungjawab kepada keluarga tetap tak boleh diabaikan. Malah, ada juga yang dah mula runsing soal diet anak-anak mereka.

Bukan senang tau nak sediakan hidangan bernutrisi yang memenuhi selera anak dan dalam masa sama boleh bekalkan tenaga sepanjang hari. Sebab tu kali ni kami nak kongsikan pesanan dan tips menarik daripada Profesor Madya Dr Mahenderan Appukuty khas untuk anda sekeluarga!

1. Didik anak anda tentang Covid-19

Sebelum anda runsing memikirkan tentang diet anak-anak di rumah, Profesor Madya Dr A. Mahenderan menasihati agar semua ibu bapa terlebih dahulu meluangkan sedikit masa untuk mendidik anak-anak tentang virus Covid-19.

Sekurang-kurangnya pastikan anak anda tahu Covid-19 adalah virus yang bahaya, mengapa mereka tidak boleh keluar rumah dan pentingnya menjaga kebersihan diri. Cuba pelbagaikan kaedah pengajaran yang kreatif supaya anak anda lebih seronok dan mudah faham.

2. Pastikan jadual makan teratur

Menurut Profesor Madya Dr A. Mahenderan, sebilangan besar kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai jadual makan yang teratur. Apatah lagi bila sekolah diberi ‘cuti’ seperti sekarang. Ada ibu bapa yang leka membiarkan anak mereka tidur sehingga terlepas sarapan pagi.

Tabiat seperti ini sangat tidak baik dan akan mengganggu keseimbangan diet serta tumbesaran anak-anak. Ingat, diet yang sempurna bermula daripada jadual makan yang teratur. Justeru, pastikan anak anda tidur awal dan latih mereka mengikut waktu makan yang betul.

3. Kawal pengambilan makanan anak

Tidak kiralah musim wabak atau tidak, anda wajib mengawal pemakanan anak. Jangan biasakan anak anda dengan konsep makan ‘free flow‘ di mana mereka bebas mengambil makanan atau snek sendiri pada bila-bila masa di dapur.

Anda juga perlu memantau kandungan dan saiz hidangan mereka agar ianya lengkap, seimbang serta tak berlebihan. Hidangan berdasarkan teknik ‘suku suku separuh’ mengikut Garis Panduan Pemakanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah paling ideal. Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat pemakanan bagi anak anda dari Persatuan Pemakanan Malaysia melalui laman sesawang www.nutriweb.org.my.

4. Susu bantu lengkapkan keperluan nutrisi

Selain diet seimbang, Profesor Madya Dr A. Mahenderan juga menyarankan pengambilan susu setiap hari kerana ia adalah minuman terbaik yang mampu membantu melengkapkan keperluan tubuh anak anda. Susu segar patut jadi pilihan pertama tau.

Terdapat pelbagai jenis produk susu dalam pasaran, anda boleh membeli susu tepung full cream sebagai alternatif kerana kandungan nutrien adalah mencukupi untuk anak anda.

Kalau anda nak tahu, susu tepung full cream merupakan susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying. Proses ini mengekalkan kebanyakan nutrisi semula jadi dalam susu.

Paling penting, elakkan membeli susu tepung yang mempunyai gula atau perasa tambahan kerana ia cenderung menyebabkan anak anda kurang selera makan dan berisiko menjadikan si kecil anda hiperaktif kerana mendapat kandungan gula berlebihan. Jadi, semak label sebelum beli ya!

Artikel Berkaitan: Susu Punca Anak Hiperaktif & Kurang Selera Makan? Doktor Ini Ada Nasihat Untuk Anda

5. Masak sendiri di rumah lebih baik

Peluang dapat duduk di rumah sepanjang perintah kuarantin adalah masa terbaik untuk bersama yang tersayang. Walaupun ‘new normal’ ini mungkin sedikit melelahkan, tapi kami yakin lebih banyak manfaatnya untuk kita semua.

Bagi yang dah berkeluarga, gunalah peluang yang ada ini untuk masak sendiri di rumah kerana ia lebih menjimatkan dan sudah tentu anda tahu kandungan serta khasiat pada setiap hidangan. Nak lagi seronok, anda boleh cuba pelbagaikan resipi masakan mengikut kreativiti masing-masing menggunakan bahan yang sedia ada di dapur rumah saja.

Resipi ringkas dan berkhasiat wajib cuba!

Memandangkan susu membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan seisi keluarga, tak salah rasanya kalau kita cuba pelbagaikan resipi masakan menggunakan susu tepung full cream. Berdasarkan carian team Sirap Limau, hanya susu tepung Fernleaf Full Cream saja yang tidak mempunyai gula tambahan di pasaran.

Malah, senarai ramuan pada labelnya juga paling pendek dan ringkas berbanding pilihan jenama yang lain. Ini bermakna susu tepung Fernleaf Full Cream ini merupakan satu ramuan yang semula jadi kandungannya.

Selain ia mudah disimpan dan digunakan, tak keterlaluan rasanya kalau kami katakan susu jenis ini juga lebih senang dan ‘versatile‘ digunakan sebagai gantian dalam banyak ramuan masakan. Apatah lagi ramuan semula jadi dalam susu tepung full cream berupaya melengkapkan nutrisi dan menambah kelazatan masakan anda.

Kami yakin lepas ni ibu-ibu tak perlu risau nak simpan banyak ramuan di dapur sebab susu full cream boleh digunakan untuk menggantikan beberapa bahan masakan utama seperti santan segar yang tidak tahan lama, krimer tin yang mengandungi banyak gula atau sos putih yang mahal.

Pendek kata, susu tepung full cream antara cadangan susu tepung paling ideal yang anda boleh pilih untuk memenuhi keperluan nutrisi seisi keluarga. Berikut kami kongsikan 3 resipi ringkas yang anda boleh cuba di rumah.

AGAR-AGAR SUSU

Bahan-bahan:

2 cawan susu tepung Fernleaf Full Cream, 1 paket agar-agar, 1 liter air, buah-buahan segar (dipotong)

Cara memasak:

1. Masak agar-agar atau serbuk dadih sehingga larut.
2. Bancuh susu tepung Fernleaf Full Cream dengan air suam dan masukkan dalam larutan agar-agar, kacau hingga sebati.
3. Tutup api dan tunggu sedikit suam. Masukkan ke dalam bekas kecil dan simpan dalam peti sejuk.
4. Nak lagi sedap boleh tambah potongan buah-buahan segar di bahagian atas. 

CARBONARA AYAM DENGAN NASI

Bahan-bahan:

½ cawan susu tepung Fernleaf Full Cream, hirisan ayam, keju cheddar, cendawan butang (dihiris nipis), bawang Holland, serbuk lada hitam, garam secukup rasa, 2 sudu tepung gandum, ½ cawan air, sedikit minyak.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang Holland (tumis hingga kekuningan).
2. Masukkan ayam, cendawan butang, serbuk lada hitam.
3. Masukkan tepung gandum dan air, kemudian masukkan susu tepung Fernleaf Full Cream. Gaul sebati.
4. Biarkan mendidih dan masukkan keju dan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang bersama nasi.

ROTI BAKAR DENGAN SCRAMBLED EGG 

Bahan-bahan:

1 sudu besar susu tepung Fernleaf Full Cream, 2 biji telur ayam, sedikit garam, butter, roti bakar.

Cara memasak:

1. Pecahkan dua biji telur ayam dan masukkan susu tepung Fernleaf Full Cream.
2. Tambah sedikit garam, pukul telur bersama susu tepung sehingga sebati.
3. Panaskan butter, dan masukkan adunan ke dalam kuali.
4. Masak telur menggunakan api perlahan dan kacau sehingga hancur.
5. Hidangkan bersama roti bakar.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×