gaya hidup

Wajib Cuba Makanan Cina ‘Muslim-Friendly’ Di Suria KLCC, Rasa Memang Tak Dapat Tempat Lain!

28
SHARES

Buat peminat makanan Cina, nak cari restoran yang hidangkan makanan dengan status halal dan Muslim-friendly sangatlah susah.

Tapi jangan risau, Sirap Limau nak kongsikan dua restoran Muslim friendly yang menghidangkan makanan Cina yang unik dan lain dari lain!

ren @ Suria KLCC

Terletak di pusat membeli belah Suria KLCC, ren merupakan restoran pertama milik Dragon I Restaurant yang berstatus Muslim Friendly.

Antara menu istimewa yang perlu dicuba di sini ialah Peking roast duck, Grilled New Zealand Cutlets with cumin and dried chilies & deep-fried chicken with dried flower chilies in Szechuan style. Menu-menu di restoran ren diangkat dari pelbagai hidangan klasik Xinjiang dan Shanghai. Kombinasi rasanya dari pedas, berempah, manis dan masam, semua lengkap!

Baca juga : Healing Di Kebun & Kolam Udang Tengah Bandar, Lokasi Menarik Untuk Riadah Keluarga

Restoran ren hanya menggunakan bahan yang diambil dari pembekal barangan halal. Jadi anda boleh makan di sini tanpa was-was.

Din by Din Tai Fung @ Suria KLCC

Din by Din Tai Fung merupakan restoran pertama di Malaysia yang dikelaskan “pork free” dari francais Din Tai Fung. Restoran makanan Cina dari Taiwan ini terkenal dengan hidangan Xiao Long Bao (soup dumpling), pau dan dumpling.

Antara menu yang kami cuba di sini ialah Xiao Long Bao, spicy shrimp & chicken wonton, mayonnaise prawn, mini lava custard bun, chicken chop fried rice dan minuman kegemaran ramai, Pu Er milk tea.

Selain makanan Taiwan, Din by Din Tai Fung juga hidangkan variasi makanan fusion Malaysia dan Taiwan. Jangan tunggu lagi, jemput datang dan rasai sendiri.

Nak tahu team Sirap Limau makan apa, jom tengok video ni!

Suria KLCC, Syurga Shopping Raya

Sempena menyambut hari lebaran 2023, Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya dari 24 Mac – 1 Mei 2023 dengan pelbagai promosi dan aktiviti menarik.

Rumah kampung tradisional yang dihias cantik akan menyambut anda di Centre Court dengan pelbagai aktiviti menarik seperti wayang kulit interaktif, tenteng, permainan gasing, congkak dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik lebaran dan persembahan tarian tradisional.

Replika pelita terbesar di Malaysia setinggi 50 kaki yang pernah menempa nama di Malaysia’s Book of Records 2022 juga akan menghiasi laman Esplanade KLCC pada tahun ini. Wah banyak tempat boleh selfie ye!

Membeli belah di Suria KLCC untuk ganjaran dan penjimatan lebih banyak. Bermula 30 Mac – 22 April, para pengunjung yang berbelanja RM1,500 melalui dua resit akan menerima Suria KLCC e-baucar bernilai RM100 dan pek sampul raya eksklusif.

Untuk maklumat lanjut, layari suriaklcc.com.my 

 

 

 

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×