Rumah

7 Cara Untuk Sejukkan Rumah Ketika Cuaca Panas Walaupun Tak Ada ‘Aircond’

880
SHARES

“Aduh, panasnya sejak dua menjak ni…”

giphy.com

Sejak dua menjak ini, cuaca di negara kita ni makin panas kan? Ini kerana Taufan Lan yang melanda Timur Filipina pada selasa lepas. Sebab itulah di sebelah Semenanjung cuacanya menjadi panas kerana kurang berawan dan di Sabah dan Sarawak lebih kerap hujan. Suhu panas ini bukan sahaja dapat dirasakan pada waktu siang, malam pada waktu malam pun, bahang masih terasa. Takkan 24 jam nak kena duduk dalam bilik berhawa dingin saja kan? Lagipun bukan semua rumah orang ada penghawa dingin. Jadi, macam mana kita nak sejukkan rumah atau badan kita tanpa menggunakan penghawa dingin?

TIPS RUMAH/BILIK LEBIH SEJUK TANPA MENGGUNAKAN ‘AIRCOND’

1. Pastikan langsir rumah sentiasa tertutup

http://www.crescentpharma.com/

Menurut saranan dari Family Handman, kira-kira 30 peratus haba yang tidak dikehendaki oleh kita memasuki rumah melalui tingkap rumah yang tidak diturunkan langsirnya. Tahukah anda bahawa dengan menurunkan lamgsir, kira-kira 7 peratus haba dapat dikurangkan dan menurunkan haba. Ini bermakna suhu dalam rumah pun boleh jadi sejuk sikit bila kita tutup langsir kan?

2. Letak ketulan ais di hadapan kipas

www.pinterest.com

Haa, ini mungkin ‘trick’ yang baharu untuk anda. Selalu orang cakap mandi menggunakan ketul air saja kan, tapi ini dimana anda perlu meletakkan ketulan ais didalam mangkuk dan letakkan di hadapan kipas. Dengan cara ini, udara yang lebih sejuk dengan lebih mudah sampai ke badan anda. Cubalah, mudah saja ni.

3. Tukar cadar kepada material kain yang bersesuaian

http://www.mirror.co.uk/

Bila badan berpeluh pada waktu malam, cadar pun akan mudah berbau. Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah untuk menukar cadar yang baharu. Pilihan yang bijak untuk cadar ynag lebih sejuk adalah dari material cotton. Hal ini kerana, material kain ini dapat menyerap haba dan mengurangkan anda berpeluh. Kalau nak lagi kurangkan haba, bantal pun kenalah tukar yang menyerap peluh tu.

4. Letak besen berisi air di dalam bilik

sempoimedia.blogspot.my

Petua ini sudah biasa kita dengar kan? Salah satu cara yang ‘mujarab’ adalah dengan meletakkan sebesen air di dalam bilik. Melalui cara ini, bilik atau rumah kita pun akan kurang panas. Hal ini kerana, air dikatakan dapat menyerap segala haba panas. Jadi, untuk kesan yang lebih memuaskan adalah dengan menggunakan besen yang lebih luas permukaannya.

5. Buka ‘exhaust fan’ di dalam rumah

http://autoweek.com/

Kalau dah ‘renovate’ rumah besar-besar letak ‘exhaust fan’ tu apa lagi kegunaannya kan? Amat penting untuk anda memasang exhaust fan supaya dapat menyedut segala haba panas di dalam rumah. Tambah pula dalam keadaan cuaca panas sebegini, lagilah penting untuk anda membuka exhaust fan untuk menyedut segala haba panas.

6. Tidur bawah

http://www.mal-au-dos.be/

Kalau tidur atas katil panas, apa kata anda cuba tidur di bawah. Salah satu tips untuk mengurangkan rasa panas ketika tidur adalah untuk tidur berseorangan di bawah. Tapi, kalau ramai-ramai pun, tidur bawah ini memang akan mengurangkan rasa panas dan kalau dapat bawah kipas tu lagilah seronok. Mungkin ramai dalam kalangan anda yang dah cuba tips ini kan?

7. Tukar lampu yang kurang mengeluarkan haba

www.healthafter50.com

“Panaslah, tutup lampu jap”. Ini mesti kita selalu cakap kan? Haa, ini kerana lampu di dalam rumah kita mengeluarkan haba . Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourscent bulb’ yang mengeluarkan cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulb’ namun kurang habanya. Selain itu, lampu seperti ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik juga.

*Kuranglah sikit haba panas tu kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×