Nur

Tak Ada Angin & Ribut Tiba-Tiba Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, “HARAM Masuk Syurga”!

6
SHARES
minta cerai tanpa sebab

“Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja isteri saya minta cerai tanpa sebab yang saya sendiri tidak ketahui. Mohon penjelasan mengenai hal ini.”

Menerusi satu video ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, beliau telah terpanggil untuk menjelaskan tentang situasi seseorang isteri yang meminta cerai tanpa sebab munasabah daripada suaminya.

Baca juga: Terpalit Isu Panas, Ini 3 Pendakwah Popular Yang Ada Kes Mahkamah, Memang Tak Sangka…

MINTA CERAI TANPA SEBAB OLEH ISTERI

minta cerai tanpa sebab

Ustaz Azhar menyatakan, isteri yang meminta cerai dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan yang dilakukan pasangannya, maka haram masuk syurga berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang telah diterjemahkan itu.

Nabi SAW bersabda,

“Mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.

“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Banyaknya bini (isteri) minta cerai ini akhlak dia tak molek (bagus),” katanya.

Baca juga: Jangan Terkejut, Ini Sebab Kenapa Orang Boleh Fanatik (Taasub) Dengan Abuya Ashaari GISBH!

Baca juga: Dah Nampak Tapi Selamba Je Telan Air Ada Semut, Jangan Buat Main Haram Minum!

5 perkara dibolehkan isteri meminta cerai daripada suami

Walau bagaimanapun, katanya, terdapat lima perkara yang membolehkan seseorang isteri itu meminta cerai daripada suami.

“Melainkan lima perkara boleh minta cerai. Nombor satu, suami tak beri nafkah.

“Nombor dua, suami larang buat yang wajib, larang sembahyang, larang turup aurat.

“Nombor tiga, suami suruh buat yang haram. Ajak liwat, berjudi, ajak minum arak dan sebagainya.

“Nombor empat, suami dera, sepak terajang, ‘flying kick’ atas muka.

“Nombor lima, suami kena penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut menitipkan nasihatkan kepada kaum hawa untuk kekal bersabar demi menjaga keharmonian perkahwinan mereka.

@insan_marhaen

Mintak cerai tanpa sebab #ustazazharidrus #insanmarhaen #fyp #rumahtangga

♬ original sound – Insan marhaen – Insan marhaen

Baca juga: 12 Gerakan Ajaran Sesat Di Malaysia Berjaya Dibongkarkan, Semua Bertentangan Dengan Al-Quran & Sunnah!

Sumber: Tiktok @insan_marhaen

FT Image: Tiktok @insan_marhaen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×