40 Minggu

Aneh Kantung Rahim Kosong Sedangkan UPT Tunjuk Double Line. Apa Puncanya?

6
SHARES
kantung rahim kosong

Ibu bapa mana yang tak gembira tengok double line ketika melakukan UPT? Tambah lagi bagi ibu bapa yang menantikan anak. Tetapi perasaan itu bercampur baur ketika melihat kantung rahim kosong semasa melakukan scan di hospital. Apa sebabnya?

Baca juga: Baru Lepas Keguguran, Bila Waktu Sesuai Nak Hamil Balik? Mama WAJIB Tahu Ini!

PUNCA KANTUNG RAHIM KOSONG

Salah satu sebab kenapa kantung rahim kosong ketika melakukan ultrasound di hospital adalah berlakunya keadaan hamil kosong. Keadaan hamil kosong atau blighted ovum juga dikenali sebagai anembryonic pregnancy.

Keadaan hamil kosong

Ia berlaku disebabkan oleh perkembangan embrio yang tidak berlaku seperti biasa atau terhenti sehingga meninggalkan kantung kehamilan kosong.

Secara generalnya, punca berlaku keadaan ini masih tidak dikenalpasti tetapi boleh dipercayai disebabkan oleh kelainan kromosom pada telur yang disenyawakan.

Keadaan ini selalunya berlaku pada awal tempoh mengandung. Kadangkala, sebelum ibu mengetahui bahawa mereka mengandung.

Berlaku keguguran

Punca kepada 1 daripada 2 keguguran adalah disebabkan keadaan hamil kosong ini iaitu pada trimester pertama kehamilan.

Keguguran merupakan kehamilan yang berakhir sendiri dalam tempoh 20 minggu pertama. Bagi kes normal untuk wanita hamil, telur yang disenyawakan akan melekat pada dinding rahim. Oleh itu, perkembangan embrio pastinya dapat dikesan dan dilihat dalam tempoh kehamilan 5 hingga 6 minggu.

kantung rahim kosong

Selalunya kantung kehamilan iaitu tempat janin membesar, akan berkembang selebar 18 milimeter. Akan tetapi, untuk kehamilan kosong, kantung kehamilan terbentuk dan membesar, cuma perkembangan embrio yang tidak berlaku. Inilah yang dikenalpasti sebagai blighted ovum.

Sebab perkembangan embrio tidak berlaku

Masalah pada kromosom merupakan punca keguguran berlaku daripada keadaan kehamilan tanpa embrio. Ianya berkemungkinan disebabkan oleh telur atau sperma yang kurang berkualiti. Selain itu, situasi ini juga boleh terjadi kerana pembahagian sel yang tidak normal.

Apa pun puncanya, badan anda akan secara automatik menghentikan kehamilan apabila mendapati sebarang kelainan berlaku. Untuk kebanyakan wanita, situasi hamil kosong ini hanya berlaku sekali seumur hidup.

Tanda hamil kosong

kantung rahim kosong

Anda berkemungkinan mempunyai tanda-tanda kehamilan jika berlakunya blighted ovum. Contohnya, UPT menunjukkan double line atau tidak mengalami haid.

Anda juga mungkin menghadapi tanda-tanda keguguran seperti:

Akan tetapi, tidak semua pendarahan yang berlaku pada trimester pertama tanda keguguran. Justeru itu, penting untuk suami isteri melakukan pemeriksaan doktor jika mengalami tanda-tanda di atas.

Rawatan kehamilan tanpa embrio

kantung rahim kosong

Doktor akan membincangkan pilihan rawatan untuk anda jika masalah kantung rahim kosong dikesan semasa temu janji pranatal. Ini termasuk:

  • Mengambil ubat seperti misoprostol (Cytotec) untuk membuatkan keguguran
  • Menunggu tanda keguguran berlaku secara natural
  • Menjalani prosedur D&C iaitu keadaan cuci rahim untuk membuang tisu plasenta daripada rahim

Durasi kehamilan, keadaan emosi diri dan juga sejarah perubatan akan diambil berat oleh doktor ketika memutuskan pilihan rawatan.

Jika anda mengalami masalah blighted ovum atau kantung rahim kosong ini, usah risau kerana kebanyakan wanita yang pernah menghadapi masalah ini kemudiannya melalui proses mengandung tanpa masalah. Paling penting, segera berjumpa dengan doktor jika anda berasa kelainan dalam diri.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×