40 Minggu

9 Sebab Berlakunya ‘Spotting’ & Pendarahan Ketika Hamil

403
SHARES
tanda habis haid darah

“Eh, kenapa ada macam kesan kecoklatan ni? Darah ke? Ish, hari tu doktor pesan kalau ada pendarahan ketika hamil ni kena terus pergi hospital. Patut ke pergi sekarang?”

Apabila anda dah disahkan hamil, secara logiknya memang tidak akan berlaku lagi ‘period’ atau haid sampailah selepas bersalin. Ini kerana, proses menstruasi terjadi akibat luruhan dinding rahim yang sedang dipersiapkan untuk menerima sel telur. Apabila tiada sel telur, maka lapisan tersebut akan menjadi darah haid.

Sebaliknya, jika terjadi persenyawaan atau kehamilan, maka lapisan darah sepatutnya tidak akan meluruh lagi bagi mendukung pertumbuhan janin.

Maka, darah itu perlu dikenalpasti puncanya secepat mungkin.

tanda subur wanita

Foto Kredit: astroglide.com

 

8 Sebab Berlakunya ‘Spotting’ & Pendarahan Ketika Hamil

Punca berlakunya pendarahan ketika hamil biasanya bergantung kepada usia kandungan. Ia boleh dikategorikan kepada 2 – iaitu pada awal kehamilan dan pertengahan / akhir kehamilan.

i) Pendarahan Semasa Trimester Pertama

Pendarahan ringan (‘spotting’) mahupun pendarahan yang banyak pada awal kehamilan boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

1. Implantation bleeding

Anda mungkin akan mengalami sedikit spotting dalam masa 6-12 hari selepas disahkan hamil akibat ‘implantation bleeding’.

Proses pendarahan ini boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan mula menempel pada bahagian dinding rahim. Kadangkala ada yang ingatkan pendarahan ini sebagai ‘period’ dan tidak menyangka bahawa mereka sedang hamil.

Namun, berbanding darah haid, pendarahan akibat proses tempelan ini tidak banyak dan hanyalah berlaku dalam masa 1-2 hari.

Bagaimana Cara Merancang Kehamilan Menurut Islam?

Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. Keguguran

Kes keguguran paling banyak berlaku pada awal kehamilan, iaitu trimester pertama. Jadi, pendarahan yang berlaku ketika ini perlu sentiasa diberi perhatian yang khusus.

Seelok-eloknya anda perlu peka dengan kitaran haid supaya anda dapat mengesan kehamilan seawal mungkin. Ramai wanita yang tidak menyedari bahawa mereka sedang hamil dan tidak menghentikan pengambilan herba atau ubat-ubatan yang mungkin membahayakan kandungan.

makan ubat ketika hamil

Foto Kredit: netdoctor.co.uk

3. Jangkitan

Sebarang jangkitan pada bahagian serviks (pangkal rahim), vagina, atau jangkitan STD seperti herpes boleh menyebabkan pendarahan pada trimester pertama.

ujian pap smear

Foto Kredit: mamamia.com

4. Kehamilan Luar Rahim

Kehamilan luar rahim atau kehamilan ektopik berlaku apabila embrio menempel pada bahagian luar rahim ibu.

Jika proses ini tidak dikesan awal, ia boleh membesar hingga menyebabkan kerosakan pada tiub Fallopio lalu mengancam nyawa ibu,

Antara simptom lain bagi kehamilan luar rahim adalah rasa ‘cramp’ atau sakit pada bahagian abdomen dan pening kepala. Namun, kebarangkaliannya untuk berlaku adalah rendah – iaitusekitar 2%.

Mengandung Luar Rahim

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

5. Kehamilan Molar

Kehamilan molar atau ‘gestational trophoblastic disease’ adalah keadaan di mana tisu abnormal tumbuh di dalam rahim wanita.

Walaupun ia jarang berlaku, namun dalam sesetengah kes terpencil, ia boleh merebak ke bahagian badan yang lain seperti kanser.

Antara simptom lainnya termasuklah muntah-muntah dan loya serta peningkatan saiz rahim pada kadar yang cepat.

6. Pendarahan Plasenta

Subchorionic hemorrhage adalah pendarahan yang berlaku sekeliling plasenta. Selalunya kes ini tidak akan berpanjangan dan ibu masih boleh melahirkan secara normal. Namun, perlu sentiasa dipantau dan berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.

tanda tidak subur

Foto Kredit: coveville.com

ii) Pendarahan Semasa Trimester Kedua & Ketiga

Apabila berlakunya pendarahan ketika hamil di trimester kedua atau ketiga, mungkin mengalami komplikasi seperti berikut:

1. Plasenta Previa

Keadaan di mana plasenta atau uri menutupi ‘jalan’ untuk bayi keluar secara normal melalui rahim juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan.

Betapa seriusnya keadaan ini bergantung kepada tahapnya yang boleh dilihat melalui imbasan ultrasound. Dalam keadaan yang tidak serius, anda masih boleh melahirkan bayi secara normal tanpa sebarang komplikasi.

2. Plasenta Tertanggal

Plasenta tertanggal atau ‘plasenta abruption’ boleh menyebabkan pendarahan yang serius terutamanya jika berlaku pada akhir usia kehamilan. Namun, kebarangkalian untuk mengalaminya adalah 1% sahaja.

Keguguran kandungan

Foto Kredit: Screengrab dari YouTube

3. Kelahiran Pra-matang

Pendarahan ketika hamil dalam trimester kedua atau ketiga perlu dipantau dengan serius. Lebih-lebih lagi jika ia turut disertai dengan kesakitan. ‘cramp’, cirit-birit, tekanan pada pelvis, atau sakit belakang.

Sebelum masuk minggu ke-37, bayi masih belum matang dan perlu diberi perhatian khusus jika berlakunya kelahiran pramatang. Namun, jika berlaku selepas minggu ke-37, ia adalah tanda-tanda bersalin yang normal.

pendarahan ketika hamil

Foto Kredit: origin.amp

Jangan Teragak-agak Untuk Ke Hospital

Jika anda biasa menjalani pemeriksaan berkala di klinik kesihatan kerajaan, mereka akan menasihatkan anda untuk tidak berlengah ke ’emergency room’ apabila mendapati berlakunya pendarahan, terutamanya pada trimester pertama.

Ini kerana, trimester pertama adalah tempoh yang paling kritikal dan paling mudah berlakunya keguguran.

Sebagai alternatif, anda juga boleh merujuk kepada Pakar Sakit Puan untuk tindakan selanjutnya. Biasanya anda akan diperiksa dengan lebih lanjut melalui imbasan ultrasound melalui perut atau faraj untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×