40 Minggu

Aduh Tiba-Tiba Sakit Perut Ketika Hamil, Ia Bukan Sebab Kontraksi Sahaja, Bahaya Mommies Tak Tahu!

41
SHARES
SAKIT PERUT KETIKA HAMIL

Sakit perut ketika hamil adalah perkara normal yang berlaku ketika awal atau penghujung kehamilan. Keadaan ini menyebabkan ibu tidak selesa dan tidak dapat melakukan kerja lain kerana risau akan mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan.

Jika sakit perut berlaku di penghujung kehamilan, rata-rata beranggapan itu merupakan tanda kontraksi. Namun, ada beberapa punca lain yang ibu perlu tahu sekirannya mengalami sakit perut ketika hamil. Bahaya atau tidak?

Baca juga: Lepas 3 Hari Bersalin Dah Minum Ais Coklat, Doktor Ini Kongsi Sebab Pilih ‘Pantang Moden’

SAKIT PERUT KETIKA HAMIL BUKAN SEBAB KONTRAKSI SAHAJA

SAKIT PERUT KETIKA HAMIL

1. PERUT BERANGIN

Perut berangin berlaku kerana peningkatan kadar hormon progestron semasa hamil. Semakin banyak hormon ini keluar, semakin lambat saluran pencernaan bekerja di dalam usus besar.

Jadi, untuk mengelakkan perut rasa tidak selesa, pastikan ibu minum lebih banyak air kosong, makan makanan kaya serat dan bersenam.

Elak makanan yang menghasilkan gas seperti minuman bergas, makanan pedas, makanan bergoreng, produk tenusu dan sayur-sayuran seperti kubis, bawang dan kekacang.

2. SAKIT BELAKANG

Selain kontraksi, sakit belakang juga boleh menyebabkan si ibu mengalami sakit perut yang teruk ketika hami. Ini kerana ligamen dalam badan secara semula jadi menjadi lembut  dan menyebabkan tekanan di bahagian sendi dan pelvis.

3. KEDUDUKAN TIDUR YANG SALAH

Apabila kehamilan semakin meningkat dan saiz rahim membesar, ini akan membuatkan anda tidak selesa untuk tidur di atas katil. Kedudukan tidur yang salah boleh menyebabkan sakit perut semasa hamil lebih-lebih lagi sekiranya tidur secara telentang.

Ibu dinasihatkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana ia boleh membantu darah mengalir ke janin dan meningkatkan fungsi buah pinggang.

4. STRES

Stres semasa hamil merupakan perkara biasa kerana banyak perubahan berlaku dalam hidup. Tahap stres yang tinggi dan berterusan untuk masa yang lama boleh menyebabkan ibu sakit perut.

Hal ini kerana, semasa stres hormon dan neurotransmitter dilepaskan dalam badan. Ini boleh memberi kesan negatif kepada pergerakan usus. Selain itu, stres boleh menjejaskan keseimbangan bakteria dalam usus sehingga menyebabkan ketidakselesaan perut.

Selain itu, stres juga boleh menjejaskan kesihatan ibu seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Semasa mengandung, stres boleh meningkatkan peluang untuk melahirkan bayi pramatang (lahir sebelum 37 minggu kehamilan) atau kurang berat badan (berat kurang daripada 5 paun, 8 auns).

SAKIT PERUT KETIKA HAMIL

5. BAYI BERGERAK

Setiap orang akan mengalami kesakitan yang berbeza-beza semasa bayi bergerak. Semakin usia kandungan meningkat, anda mungkin mula berasa saki pada bahagian rusuk, perut atau faraj apabila bayi bergerak. Ini kerana otot mereka yang semakin membesar menjadi lebih kuat dan pergerakan semakin banyak.

Bayi akan mempunyai lebih banyak ruang di dalam perut semasa penghujung kehamilan tetapi mereka masih akan bergerak lebih banyak dan semakin sakit. Kebanyakan ibu juga akan mengalami tendangan kuat di rusuk atau secara tiba-tiba sehingga menyebabkan sakit perut.

6. BATU KARANG

Batu dalam pundi hempedu lebih kerap berlaku pada golongan wanita terutamanya jika berlebihan berat badan dan berumur lebih dari 35 tahun.

Kesakitan akibat batu karang (juga dipanggil cholecystitis) adalah teruk dan tertumpu di bahagian kanan atas perut. Dalam sesetengah kes, rasa sakit juga mungkin berlaku di belakang dan di bawah tulang belikat kanan ibu.

Kesimpulannya, sekiranya ibu sakit perut akibat kontraksi yang kuat selama 30 hingga 70 saat atau 5 hingga 10 minit, itu adalah tanda anda benar-benar ingin bersalin. Jangam biarkan!

Sumber: NHS, Parents, Healthy Moms Strong Baby & UChicago Medicine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×