40 Minggu

7 Tips Untuk Ibu Rawat Sakit Bahagian Bawah Ari-Ari Waktu Hamil

2
SHARES
SAKIT KETIKA MENGANDUNG

Ibu di luar sana pernah kena tak kena Pelvic Girdle Pain (PGP) masa mengandung? Rasa sakit di bahagian bawah ari-ari sampai ke bahagian belakang, tulang pinggul dan peha. Makin lama, makin kuat pula rasa sakit.

Satu dalam lima wanita hamil mengalami sakit ketika mengandung ini kerana tiga sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit.

Baca juga: Si Ibu Mesti Tidur 6-8 Jam Sehari, Barulah Otak Berfungsi!

SAKIT KETIKA MENGANDUNG MEMANG SEKSA, RAWAT GUNA 7 CARA INI

Menerusi perkongsian doktor sakit puan di Twitter, semakin bayi membesar dan berat merupakan antara faktor terjadinya sakit tersebut.

SAKIT KETIKA MENGANDUNG

Tips nak kurangkan sakit :

1. Kena aktif, dalam masa yang sama kena dapatkan rehat secukupnya.

2. Sentiasa tukar posisi. Jangan duduk lama-lama sehingga lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi.

3. Nak pakai kain atau seluar – duduk dan pakai. Jangan berdiri.

SAKIT KETIKA MENGANDUNG

4. Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua-dua kaki.

5. Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat.

6. Nak pusing-pusing dekat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat.

7. Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan.

 

Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yg membantu yg akan diajar oleh ahli fisioterapi.

Sakit itu datang jika:

  • Jalan pada permukaan tak rata.
  • Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta.
  • Naik tangga, nak pakai seluar atau kain – berdiri sebelah kaki.
  • Masa buat hubungan kelamin.

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×