Sihat

Si Ibu Mesti Tidur 6-8 Jam Sehari, Barulah Otak Berfungsi!

38
SHARES

Jumlah tidur yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu segar dan cerdas apabila bangun. Secara am, orang dewasa disyorkan mendapatkan enam – lapan jam sehari. Walau bagaimanapun, sebagai seorang ibu, mereka akan dapat waktu tidur kurang dari waktu yang disyorkan. Hal ini terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi berusia tiga bulan. Berikut merupakan manfaat jika ibu tidur seperti waktu yang disarankan.

Baca juga: Betul Ke Tidur Menghadap Kipas Punca Perut Kembung? Ini Jawapannya

SI IBU MESTI TIDUR 6-8 JAM, BARU OTAK BERFUNGSI

Kenapa ibu ibu perlukan tidur 6-8 jam sehari? Dekat Sleep Foundation bagitahu ibu adalah orang yang paling banyak sekali ‘Sleep Debt’. Terutama buat yang ada bayi, 0-3 bulan pertama adalah waktu paling banyak sleep debt.

Sebab tu la para ibu ni wajib dapat tidur yang cukup & berkualiti:

1.  Otak ibu ibu ni selagi tak tidur selagi tu tak dapat berehat. Ada sahaja benda yang berlegar di fikiran mereka.

2. Masa sedar otak stuck kat dalam mod ‘bekerja’ je, masa tidur la baru dapat tukar pada mod ‘berehat’

3. Mata ibu ibu ni kalau celik, sudah betul nak rasa aman. Ada sahaja yang rasa semak. Rumah sepah la, berhabuk la, comot la, kotor la. Macam-macam.

4. Lagipun otak ibu ni memang tak boleh nak relaks dan santai selagi dia nampak rumah tak ikut expectation dia.

5. Tidur juga penting untuk reset tenaga. Bila ibu cemerkap, kurang fokus atau lemau je itu tanda bateri dah kong la tu.

6. Bukan ibu sahaja tapi semua wanita memang akan cepat penat sebab fitrah mereka banyak multitasking.

7. Selain itu tidur pun penting untuk refresh emosi & mental state ibu ibu ni. Baru la dia tak cepat trigger emosi melayan kerenah anak-anak.

Sleep debt ni bahaya. Makin lama di biar, makin merosot nilai-nilai murni seorang ibu. Risau, ibu yang baik dan ceria boleh bertukar jadi perengus dan mencuka. Kasihan.

Oleh itu buat ketua keluarga sekalian, ambil maklum perkara ini dan bantulah pasangan anda dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti 6-8 jam sehari ini. Ringan sama di pikul, berat sama di jinjing. Itu la erti mujahadah rumahtangga sebenar.

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×