Sihat

Betul Ke Tidur Menghadap Kipas Punca Perut Kembung? Ini Jawapannya

22
SHARES

Masih ramai dalam kalangan kita yang sudah terbiasa tidur menghadap kipas angin bagi mendapatkan udara yang agak sejuk. Namun, tidak ramai juga tahu mungkin perbuatan itu akan mengundang kesan yang tidak baik.

Mitos popular yang sering diungkapkan ialah tidur secara menghadap kipas angin akan menyebabkan masalah perut kembung angin. Benarkah? Terdapat beberapa punca kembung perut dan kesan terhadap kesihatan jika tidur menghadap kipas angin. Mari kami kongsikan.

Baca juga: Perut Sakit Tanda Anda Dijangkiti Wabak Covid-19?

TIDUR MENGHADAP KIPAS PUNCA PERUT MASUK ANGIN?

Kondisi perut kembung angin akan menyebabkan kekembungan, kesakitan atau ketidakselesaan gara-gara angin yang terperangkap di dalam perut dan tidak mampu untuk keluar.

Antara punca yang menyebabkan angin terperangkap ialah:

  • Diet pemakanan: Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula, garam, gas dan rendah serat boleh jadi punca utama
  • Tabiat pemakanan: Tabiat seperti makan dengan laju, makan lebih banyak dan melengahkan waktu makan juga adalah puncanya
  • Hormon: Khusus bagi kaum wanita, perubahan hormon ketika sedang dalam proses datang haid juga boleh jadi punca kondisi ini
  • Sistem penghadaman: Isu berkaitan seperti sembelit, intoleransi gangguan dan alahan pemakanan boleh membawa masalah ini
  • Penyakit: Beberapa jenis penyakit seperti asid refluks, radang usus, pedih ulu hati dan stres juga boleh menyumbang pada kondisi kesihatan ini

KESAN TIDUR MENGHADAP KIPAS

Hakikatnya, tidak salah untuk terus tidur menghadap kipas ekoran cuaca di negera kita. Namun perbuatan tidur menghadap kipas angin itu dikhuatiri boleh menyebabkan:

1. ALAHAN

Kipas yang terpasang berupaya menyerap dan memutar debu, habuk, debunga atau bulu haiwan terhadap individu tertentu. Malahan, bilah kipas itu sendiri mungkin akan mengumpul kotoran jika tidak dicuci dengan betul dan kerap, lantas membawa kepada masalah alahan.

2. PENYUMBATAN MUKUS

Sirkulasi udara daripada kipas boleh menyebabkan mulut, hidung dan tekak kering lantas membawa kepada masalah penghasilan dan penyumbatan mukus. Hal ini akan menyebabkan hidung berair, hidung tersumbat, sakit tekak dan tidur berdengkur yang boleh dicegah dengan minum lebih banyak air.

3. KEKERINGAN KULIT & MATA

Udara daripada kipas yang terpasang boleh menyebabkan kulit dan mata menjadi kering kerana ia telah mengeringkan cairan yang sepatutnya ada pada organ ini. Anda mungkin perlu melembapkannya dengan losen, untuk disapukan pada kulit atau menggunakan ubat titis untuk mata bagi mengelakkan kekeringan pada kulit dan mata.

4. KESAKITAN OTOT & BADAN

Pengaliran udara pada tubuh badan secara menerus boleh mengakibatkan otot mengalami tekanan lantas lebih berisiko untuk kejang selepas bangun tidur. Kesannya, anda akan mengalami kesakitan otot dan badan yang mungkin tidak begitu teruk dan boleh dicegah dengan menghala kipas tersebut ke arah lain.

Kesimpulannya, pastikan kipas atau alat penyaman udara anda sentiasa dicuci dan menggunakan tahap putaran kipas yang lebih rendah untuk badan lebih sihat.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×