40 Minggu

11 Ciri Suami Tak Tunjuk Sokongan Saat Isteri Hamil, Amboi Jangan Buat Perangai Begitu Ya!

2
SHARES
fasa mengandung

Fasa mengandung bukan mudah untuk dilalui oleh wanita bernama isteri. Maka disebabkan itu, sikap toleransi dan memberi sokongan yang tinggi daripada suami amat diperlukan.

Isteri hamil boleh rasa tersinggung, terasing, sunyi dan tidak dipedulikan, sekiranya suami mempunyai sikap pentingkan diri. Lebih-lebih lagi, jika tindakan suami yang disenaraikan di bawah ini mungkin membuatkan bakal ibu berasa tiada sokongan daripada pasangannya semasa mengandung.

Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib

FASA MENGANDUNG TIADA SOKONGAN SUAMI, LIHAT 11 CIRI INI!

fasa mengandung

Gambar: RyanKing999/iStock / Getty Images Plus

1. Tiada ketersediaan emosi

Pakar psikologi klinikal Dr. Julie Bindeman berkata, ketersediaan emosi semasa kehamilan adalah penting. Tanpanya, perasaan rasa terasing dalam diri isteri boleh berkembang dan ini boleh mencipta jarak antara pasangan.

Kehamilan adalah masa di mana emosi meningkat dan berubah turun naik. Mengabaikan keperluan isteri pada waktu hamil adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh suami.

2. Tak akui ketidakselesaan fizikal isteri

Kehamilan juga datang dengan bahagian ketidakselesaan fizikal seperti mual, sakit belakang, kaki bengkak, pedih ulu hati.

Jika bukannya mendengar isteri dengan rasa empati, suami yang menganggap perkara ini sebagai “bukan masalah besar”, itu merupakan tanda ‘red flag’.

3. Kurang minat akan persediaan bayi

Jika suami menunjukkan sedikit atau tiada minat dalam aktiviti persediaan kelengkapan bayi, ia menandakan kurangnya rasa teruja, yang boleh menyiyat hati isteri hamil.

Teruja bersama-sama tentang kelahiran bayi adalah kunci untuk mengukuhkan ikatan pasangan. Apabila salah seorang tidak menunjukkan minat, ia boleh menyebabkan perasaan terputus hubungan.

Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini

4. Lepaskan semua kerja rumah

Inilah perkara yang tidak boleh dilakukan oleh suami semasa fasa kehamilan iaitu menyerahkan kepada isteri untuk menguruskan semua kerja rumah seorang diri.

Kehamilan adalah meletihkan dan suami perlu bertimbang rasa dengan menyumbang kepada kerja rumah yang lebih banyak.

5. Tiada perubahan pada rutin

Suami perlu berusaha untuk menyesuaikan rutinnya dengan keperluan isteri hamil yang berubah-ubah. Jangan berterusan mengutamakan kerja, kehidupan sosial dan hobi anda daripada berada di sisi isteri.

Pakar perhubungan Esther Perel menjelaskan, kehamilan mengubah keutamaan. Apabila suami kekal mementingkan diri sendiri, ia bakal mewujudkan ketidakseimbangan dan boleh menyebabkan terputus hubungan emosi.

6. Kurang keintiman

Terdapat banyak cara untuk berasa rapat dan intim yang tidak melibatkan hubungan seks.

Jika sebaliknya suami hanya mengadu tentang ‘keperluannya’ tidak dipenuhi, ia boleh membuatkan isteri berasa tidak disayangi. Malah, isteri juga boleh berfikir yang suaminya itu telah hilang minat pada dirinya secara seksual.

Baca juga: Ibu Berpantang Boleh Cuba 14 Jenis Minuman Ini, Jangan Terkejut Susu Badan Melimpah-Ruah!

7. Tak teman pergi temu janji pranatal

Acap kali suami tidak pergi ke temu janji pranatal, pastinya akan timbul rasa sunyi dan terasing dalam diri isteri. Seolah-olah, suami tidak berminat dengan proses kehamilan ini.

Lawatan pranatal adalah lebih daripada sekadar mengetahui kesihatan isteri dan bayi dalam kandungan. Ia adalah peluang untuk pasangan semakin rapat dan sama-sama bersedia untuk kelahiran cahaya mata.

8. Merungut impak kehamilan 

Suami yang mengadu, merungut atau mengeluh tentang bagaimana isteri tidak aktif seperti dahulu atau bagaimana keadaan telah berubah antara anda berdua, boleh membuatkan isteri berasa bersalah.

Merungut tentang batasan kehamilan pasangan mencerminkan kekurangan empati. Ini adalah masa untuk meenzahirkan belas kasihan dan kesabaran, bukan rasa kecewa yang mementingkan diri sendiri.

9. Tak mahu berbual topik ‘parenting’

Seorang suami yang mengelak diri setiap kali isteri cuba bercakap tentang topik ‘parenting’, jelas cuba mengelakkan realiti yang bakal datang.

Walau apa pun alasan dan ketakutannya, tingkah laku ini boleh menyebabkan isteri berasa tidak yakin tentang tahap komitmen pasangannya dan menimbulkan kebimbangan.

Baca juga: Ibu Jangan Dibiarkan Sahaja Diri Dikritik Ibu Lain! Ini 6 Cara Atasi ‘Mom Shaming’

10. Merendahkan ketakutan isteri

Ungkapan seperti, “anda terlalu memikirkan” dan “isu ini bukan masalah besar” boleh membawa kepada rasa tidak selamat, yang seterusnya menyukarkan isteri untuk membuka diri meluahkan kepada suami.

Ketakutan berkaitan kehamilan adalah nyata, dan menolaknya boleh membahayakan ikatan emosi antara pasangan. Suami yang menyokong akan mendengar dan memberikan jaminan.

11. Tidak memahami

Kehamilan membuatkan segala tindak-tanduk isteri menjadi perlahan atau kurang aktif yang merupakan perkara semula jadi dan boleh difahami.

Jika suami kecewa atau tidak sabar dengan isteri, itu menunjukkan kekurangan pemahaman. Tingkah laku sedemikian mungkin membuatkan isteri kecewa dan rasa terasing.

Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!

Sumber: Bonobolgy

FT Image: SunwayMedical

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×