MENGANDUNG ATAU LEWAT HAID – APA TANDA NAK PERIOD PADA WANITA?
Dalam kesibukan kita setiap hari, ada kalanya kita juga terlupa untuk bersedia menghadapi waktu ‘period’. Kadang-kadang sampai tak perasan. Tiba-tiba dah datang bulan. Lagi parah kalau tak bekalkan stok pad siap-siap!
Semakin waktu ‘period’ mendekat, badan kita biasanya akan menunjukkan beberapa tanda. Tanda-tanda seperti perubahan fizikal atau ‘mood’ tidak menentu ini boleh ditunjukkan seawal 1 ke 2 minggu sebelum ‘period’ tiba.
Jom kita kenali tanda nak period yang hampir tiba!
10 Tanda Nak Period Yang Kita Mungkin Terlepas Pandang
1. Muka Tumbuh Jerawat
Jerawat biasanya akan tumbuh bila ‘period’ hampir tiba disebabkan peningkatan hormon.
Penghasilan hormon yang aktif pada ketika itu meningkatkan lagi penghasilan sebum, inilah yang membuatkan muka kita cepat berminyak dan tumbuh jerawat.
Biasanya jerawat yang timbul sebelum datang bulan akan tumbuh di kawasan dagu atau sekitar ‘jawline’.
Kredit Foto : healthline.com
2. Payudara Sakit
Sakit pada bahagian payudara juga merupakan antara tanda yang agak ‘common’ bila hampir datang haid.
Biasanya payudara akan terasa sedikit bengkak atau sakit berbanding waktu biasa.
Ini juga disebabkan oleh perubahan hormon estrogen, progesterone dan prolaktin (hormon yang menghasilkan susu badan).
3. Badan Rasa Lesu
Wanita juga akan mudah rasa penat bila ‘period’ hampir tiba.
Kadang-kadang sampai rasa tak sedap badan, rasa nak baring saja satu hari.
Perubahan tahap hormon estrogen progesteron yang sedang berlaku ketika itu bukan saja membuatkan badan rasa lesu.
Kredit Foto : medicalnewstoday.com
4. Sukar Untuk Tidur
Sudahlah badan rasa penat, mata pula susah nak lelap untuk tidur.
Hormon progestron yang sedang aktif ketika itu menyebabkan perubahan suhu badan sehingga mengakibatkan gangguan tidur.
Simptom PMS seperti senggugut dan sakit pinggang menyukarkan lagi kita untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
5. Senggugut
Hanya perempuan sahaja yang tahu betapa peritnya bila senggugut menyerang di bahagian bawah perut. Senggugut juga merupakan amaran kepada wanita untuk bersedia menghadapi ‘period’ yang akan datang dalam 3 atau 4 hari.
6. Cirit-Birit atau Sembelit
Sudahlah senggugut, ditambah pula dengan sembelit atau cirit-birit!
Kalau nak tahu, sebenarnya perubahan hormon prostaglandin dalam badan juga boleh mengganggu sistem penghadaman.
Anda juga boleh alami ketidakselesaan perut seperti masuk angin dan loya.
7. Perut Kembung
Jika perut terasa kembung atau anda dapati sukar untuk muat seluar beberapa hari sebelum ‘period’ anda mungkin mengalami kembung perut akibat PMS.
Perubahan paras estrogen dan progesteron dalam badan boleh menyebabkan perut kembung akibat keadaan badan yang cenderung untuk simpan air dan garam yang diambil ketika itu.
Ada juga yang merasakan perut kembung pada hari pertama ‘period’.
Jangan risau kerana ia akan hilang selepas 2 ke 3 hari pertama ‘period’.
8. Sakit Kepala
Secara purata lebih daripada 50% turut mengalami migrain ketika haid hampir tiba.
Bergantung kepada individu, ada juga yang mengalami migrain semasa haid atau ketika waktu subur (ovulasi).
Ini adalah disebabkan oleh tahap hormon estrogen yang meningkat ketika itu.
Kadar estrogen yang tinggi akan meningkatkan lagi penghasilan serotonin yang mengakibatkan sakit kepala atau migrain.
Kredit Foto : healthline.com
9. Mood Swing
Kalau ‘period’ dah nak dekat, janganlah naikkan darah orang perempuan. Kejap lagi tak pasal-pasal dia mengamuk. Selain cepat marah, bila hampir ‘period’ kita juga mudah rasa tertekan atau sedih .
Keadaan emosi yang tidak stabil ini juga disebabkan oleh tahap hormon yang tinggi ketika itu.
Kalau boleh, elakkanlah daripada drama atau perkara yang boleh ‘trigger’ perasaan kita supaya emosi lebih mudah dikawal.

Foto kredit: blicalgenderroles.com
10. Sakit Pinggang
Bila dah nak ‘period’ bukan main sakit lagi pinggang.
Rembesan hormon prostaglandin yang sedang aktif ketika itu bukan sahaja menyebabkan kecutan otot rahim sehingga menyebabkan senggugut, malah ia juga menyebabkan kekejangan otot pada bahagian pinggang.
Rasa sakit pinggang juga boleh dirasakan dengan lebih ketara pada 2 atau 3 hari pertama ‘period’.

Foto Kredit: womansday.com
Cara Redakan Pre-Menstrual Syndrome Di Rumah
Bila badan dah rasa sakit atau tak selesa bila waktu period makin dekat, jangan pula paksa diri untuk beraktiviti. Anda boleh ikuti tips ini untuk redakan simptom sebelum datangnya haid :
- Kurangkan pengambilan garam bagi mengelakkan perut kembung.
- Kalau sudah tak tahan sakit, ambil ubat tahan sakit seperti Ponstan atau Ibuprofen atas saranan ahli farmasi atau doktor.
- Lakukan senaman ringan untuk elak senggugut dan membaiki ‘mood’.
- Jangan skip makan. Pastikan anda tidak berlapar supaya kadar gula dalam darah stabil. Tahap gula yang rendah boleh mengakibatkan ‘mood’ anda tidak baik.
Baca juga: Gejala Long Covid: Komplikasi Pesakit Covid Yang Berterusan Selepas 3 Bulan
Adakah Semua Wanita Akan Mengalami Tanda Nak Period Ini?
Semua simptom-simptom sebelum ‘period’ ini adalah ‘common’. Kebanyakannya juga boleh reda dengan berehat dan ubat tahan sakit.
Namun, jika anda dapati simptom ini agak serius, sukar pulih dan kerap mengganggu rutin anda, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Mungkin anda mengalami penyakit lain yang perlu diberikan perhatian.
Sesetengah penyakit seperti hyperthyroidism dan IBS (sindrom iritasi bowel) juga mempunyai simptom yang sama dengan PMS.
Jangan terkejut jika anda disahkan mengandung kerana wanita hamil juga menunjukkan simptom awal yang sama dengan ketika tempoh PMS.
Dapatkanlah rehat secukupnya ketika PMS melanda. Luangkan masa untuk dapatkan rehat secukupnya.
Elakkan daripada perkara yang mengganggu emosi anda.
Sumber rujukan:
- 10 Signs Your Period Is About to Start https://www.healthline.com/health/premenstrual-syndrome#see-your-doctor
- Signs Your Period Is Coming https://www.webmd.com/women/pms/signs-your-period-is-coming