Masih ramai dalam kalangan kita salah sangka dengan air selusuh yang dikatakan boleh memudahkan proses ketika bersalin. Menerusi perkongsian Huwaidah Athirah di media sosial, dia menjelaskan bahawa air tersebut antara punca bayi maut dalam kandungan.
Baca juga: 2 Punca Kakak Wanita Ini Meninggal Ketika Mengandung, Wanita Usia 30 Ke Atas Kena Baca!
BAHAYA MINUM AIR SELUSUH, BOLEH JADI PUNCA MAUT

Kredit: Freepik
Hal ini kerana air selusuh yang dibeli di kedai mengandungi akar-akar kayu dan herba di mana ia boleh mengganggu proses ketika kontraksi.
“Ada sesetengah oran buat air selusuh dengan campur akar kayu, akar Fatimah (rose of jericho) dan herba-herba yang menyebabkan hormon oksitosin (kontraksi) Muncul.
“Jadi bayangkanlah jalan untuk anak dalam kandungan keluar tak buka lagi tapi dah ada kontraksi. Ini boleh menyebabkan anak meninggal dalam perut atau perlu buat pembedahan kecemasan akibat minum air selusuh campuran,” jelasnya.
Sebenarnya, air selusuh ini air yang dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran untuk memudahkan proses bersalin dan dijadikan sebagai penenang jiwa.
Air tersebut boleh dibacakan oleh suami, dengan niat dan doa dalam hati supaya urusan isteri bersalin dipermudahkan. Menurutnya, proses bersalin sememangnya lancar apabila mengamalkan air selusuh ini.
Cara buat
1. Baca surah al-Fatihah sebanyak 11 kali.
2. Baca surah al-Hasyr ayat 21-24
3. Baca selawat syifa
4. Akhir sekali, baca doa selusuh
“Ya Allah, dengan maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama isteri) penderitan bersalin, dengan rahmat Mu Wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.”
Semoga bermanfaat dan jangan beli air selusuh yang dijual di luar tanpa mengetahui isi kandungannya.
Baca juga: Dr Say Shazril Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Dapat Anak Lelaki, Suami Isteri Bersedia Bila…..
Sumber: Lemon8 Huwaidah Athirah