Famili

6 Jenis Mimpi Bersetubuh & Maksud Di Sebaliknya, Adakah Itu Petanda Tak Bahagia?

27
SHARES
tanda mimpi bersetubuh

Sedang anda diulit lena, tiba-tiba terbangun dalam keadaan terkejut kerana mimpi bersetubuh dengan orang lain bukannya pasangan sendiri. Apatah lagi, ada rasa basah di celahan alat sulit kerana orgasma di bawah paras sedar hingga menimbulkan rasa bersalah. Apa tanda mimpi bersetubuh ini?

Jangan rasa bersalah. Di sini, penulis bawakan erti disebalik mimpi tersebut dari sudut sains seperti disiarkan oleh The Asian Parents Singapore.

Baca juga: Kaki Berbau Kuat Hingga Diri Jadi Malu? Ketahui Puncanya & Ini 7 Cara Mengatasi!

TANDA MIMPI BERSETUBUH

tanda mimpi bersetubuh

Perihal mimpi ini merupakan kupasan lanjut yang dibuat oleh pakar, Doktor Debby Herbenick, yang pernah menulis hampir 100 artikel secara saintifik berkenaan hubungan seks.

Menurut Dr. Herbenick, mimpi bersetubuh selain pasangan sendiri adalah perkara normal. Di bawah ini adalah beberapa sebabnya.

6 JENIS MIMPI BERSETUBUH & MAKSUD DISEBALIKNYA

1. MIMPI BERSETUBUH SESAMA SEJENIS

Jangan risau anda bukanlah dalam golongan yang meminati kaum sejenis. Menurut Dr. Herbenick, ini merupakan mimpi yang normal dialami oleh individu. Walaupun anda bernafsu lurus yang meminati berlainan jantina, anda masih boleh bermimpikan bersetubuh dengan pasangan sama jantina.

Antara sebabnya adalah, terdapat ramai orang berfikiran aksi wanita yang saling menggauli sama jenis adalah sesuatu perkara yang ‘hot’.

Namun, dalam kes ini, apabila wanita yang ‘straight’ bermimpikan bersetubuh sesama sejenis, ia menandakan ungkapan fikiran anda tentang persahabatan bersama wanita sangat kuat.

Berkongsi ikatan rapat dengan rakan baik anda juga boleh mencetuskan perkara ini.

2. MIMPI BERSETUBUH BERSAMA BEKAS KEKASIH/SUAMI

Sudah lama berlalu, bak kata pepatah Melayu ‘barang yang lepas jangan dikenang’, tetapi kenapa badan anda ‘mengingati’ pula bekas kekasih? Ya, ini merupakan perkara normal.

Menurut Dr. Herbenick, ia bukan perkara luar biasa bagi wanita untuk bermimpi akan bekas teman lelakinya. Walaupun, masing-masing telah memiliki kehidupan masing-masing.

Namun, adakah ini tanda anda belum ‘move on‘? Kata Dr. Herbenick, mimpi ini bukanlah bermaksud anda masih mencintai dia lagi. Ia hanyalah aktiviti otak anda yang memproses kenangan lama, sama ada kisah gembira mahupun kisah sedih.

Walau bagaimanapun, lain pula pendapat dari Dr. Tina B. Tessina yang menyatakan ia adalah amaran ‘red flag’. Ia mungkin bermaksud otak anda sedang memproses sesuatu yang saling berkaitan antara hubungan masa sekarang dan hubungan masa lalu anda.

Tapi ingat jangan pergi ‘stalk’ bekas kekasih pula! Kadang-kadang sikap ingin tahu boleh membawa anda ke dalam masalah.

3. MIMPI BERSUTUBUH BERSAMA SESEORANG YANG ANDA TIDAK CINTAI

Anda mungki bereaksi seperti “Ya Tuhan, kenapa dia yang aku tak suka!” Menurut Dr. Hebrick, mimpi ini boleh terjadi walaupun dengan seseorang yang anda benci.

Menurutnya lagi, perasaan seksual boleh dicetuskan melalui pelbagai emosi termasuklah kemarahan, yang merupakan juga sejenis keghairahan. Malah, emosi seksual tidak hanya bergantung kepada emosi gembira sahaja.

Daripada anda merosakkan ‘mood’ seharian, lebih baik lupakan sahaja dan anggap ia hanyalah mainan tidur.

tanda mimpi bersetubuh

4. MIMPI BERZINA BERSAMA SUAMI KAWAN SENDIRI

Ingat jangan sesekali menyakiti hati orang lain termasuklah perasaan kawan baik anda. Apatah lagi, dalam realiti berzina dengan suami orang. Berdosa besar!

Dr. Tessina berpendapat, ia hanyalah rasa ingin tahu dalam diri yang bertindak pada tahap bawah sedar.

Walaupun mimpi ini seperti satu ‘malapetaka’ kepada diri, namun ia juga boleh membuat anda ‘turn on’. Sekiranya anda kerap bermimpikan perkara ini, ambil masa untuk periksa kehidupan seks anda sendiri.

Adakah ia tidak memuaskan diri anda? Anda boleh mencuba beberapa cara untuk menghangatkan aksi ranjang anda bersama pasangan sendiri.

5. MIMPI BERSETUBUH BERSAMA SUAMI SENDIRI TETAPI LAIN SUARA, BADAN & RUPA

Anda memang pasti sedang melakukan asmara bersama suami sendiri tetapi tiba-tiba fizikalnya berubah termasuk suaranya sekali. Adakah tanda anda sudah bosan dengan suami sendiri?

Menurut Dr. Herbenick, ini boleh menandakan anda ingin lebih tahu sesuatu tentang pasangan. Selepas lama hidup bersama, kadang-kadang terdapat pasangan yang sudah rasa malas untuk mengenali pasangan masing-masing, oleh kerana sudah tahu segala-galanya mengenai pasangan sendiri.

Apa kata, anda ambil peluang ini untuk berborak mengenai impian atau minat baharu yang mungkin baru sahaja muncul. Malah, boleh juga bersama pasangan, mengorak langkah ke masa silam tentang pertemuan kali pertama yang membuatkan anda jatuh cinta.

6. MIMPI BERSETUBUH DENGAN LELAKI IMPIAN

Siapa sahaja yang tidak mempunyai ciri-ciri lelaki idaman, betul tak? Sedang anda mengulit mimpi bersama ‘crush’, tiba-tiba sahaja tersentak dari mimpi.

Mimpi ini boleh membawa isyarat bahawa ada sesuatu yang ‘kehilangan’ dalam hubungan kehidupan sebenar anda. Apa yang anda mimpi ini adalah satu ‘temporary escape’ dari realiti.

Anda mungkin sudah bosan atau tidak puas hati dengan pasangan sendiri. Alangkah baiknya, jika anda bersama pasangan ambil pendekatan berbincang agar hubungan jadi terpelihara. Mana tahu, selepas itu hubungan di ranjang anda menjadi lebih sensasi dari mimpi yang dialami sebelum itu.

Sumber: The Asian Parent Singapore

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×