Didik

Ini 5 Tips ‘Move On’ Cepat Dari Bekas Pasangan Anda Oleh Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

40
SHARES

Perasaan cinta itu sememangnya indah. Namun, hati manusia boleh terluka dengan dalam apabila jodoh tidak berpanjangan dan harus berpisah. Sakitnya umpama, hati pedih tertusuk yang tak nampak luka.

Apakan daya hidup perlu diteruskan. Jika anda sedang berada dalam situasi sukar ‘move on’ dari kenangan cinta bersama bekas pasangan anda, apa kata ikuti saranan seperti yang dikongsikan oleh Dato’ Doktor Fadzilah Kamsah.

Baca juga: “Macam Mana Sperma Boleh Masuk Badan Perempuan?”-Lelaki Ini Kongsi Jawapan Padu Baru Murid Faham!

INI 5 TIPS ‘MOVE ON’ CEPAT DARI BEKAS PASANGAN ANDA OLEH DATO’ DR. FADZILAH KAMSAH

Gambar hiasan: Pinterest

“Tok Abah, ajar saya untuk move on. Saya dah lama menderita. Tak boleh lupa kenangan lama.”

Jawapan:

Melupakan seseorang yang pernah menyayangi kita, memang sukar. Lebih lagi jika dia sudah pernah memasuki dan menyinari hidup kita sebelum ini.

Ada keindahan yang kerap diulang tayang dalam kotak pemikiran kita.

Namun kita sebagai manusia, patut merasa malu. Itu tandanya kecintaan kita pada orang lain lebih besar berbanding cinta kita kepada Allah SWT.

Mulai sekarang bina semula hubungan kamu dengan Allah SWT melalui mengerjakan solat di awal waktu, mendalami Al-Quran dan hikmahnya serta membuat hal kebajikan dalam hidup.

SARANAN ‘MOVE ON’ LEBIH CEPAT DARI TOK ABAH

Gambar hiasan: Shutterstock.

Untuk saranan move on lebih cepat pula, Tok Abah cadangkan untuk lebih baik kamu:

1. BUANG SEGALA KENANGAN DENGANNYA

Buang segala benda fizikal yang buat kita selalu teringat pada bekas pasangan.

Benda seperti baju, beg, tudung, jam tangan atau apa juga yang buat kamu teringat. Jangan simpan.

Sedekahlah pada sesiapa. Ataupun jual semula sebagai preloved item kat media sosial ke. Hehe. Janji janganlah simpan.

2. BLOCK & UNFOLLOW MEDIA SOSIALNYA

Gambar hiasan: Flaticon

Ini benda penting dan ramai yang mula buat sekarang . Ia bukan tanda kita tak matang. Namun ia adalah cara untuk kita jaga hati kita.

Jaga mood kita agar tak melihat ‘toksik’ yang dia mula tunjukkan di media sosial.

3. SIBUKKAN DIRI DENGAN BUAT BENDA MANFAAT

Sentiasa penuhkan jadual kita dengan perkara bermanfaat.

Beradalah dalam circle orang yang sentiasa mencari motivasi atau berbuat perkara berguna seperti jadi sertai NGO atau program kesukarelawanan.

4. BUAT SENARAI KELEMAHAN DIRI YANG DITUNJUKKAN PADA BEKAS PASANGAN

Gambar hiasan: Pinterest.

Buat senarai apa kelemahan yang kalian tunjukkan pada bekas pasangan selama ini.

Kelemahan ini bukan untuk kamu tangisi di tepi bucu katil, tetapi untuk diperbaiki dari masa ke semasa. Moga ia jadi asbab untuk kalian jadi lebih kuat dari yang sepatutnya.

5. SET MINDA ANDA MASIH ADA PERJUANGAN YANG BELUM DISELESAIKAN

Letakkan dalam kepala bahawa kamu ada perjuangan yang belum lagi diselesaikan.

Ingatlah bahawa diri kamu itu penuh bernilai, kuat, tabah dan yakin dengan setiap yang patah itu pasti tumbuh kembali. Dan setiap yang hilang pasti berganti.

Hari ini, senyumlah. You deserve a better life without him/her.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Jalan terus dan bangkit!

Semoga dapat mengubati hati kalian yang terluka.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×