Sihat

Doktor Kongsi Cara Pilih Produk Kolagen, Barulah Tak Salah Beli!

16
SHARES

Sebut sahaja tentang kolagen pasti semua orang tahu kan? Kebanyakkan produk kolagen tidak sesuai diamalkan dan boleh memberi kesan sampingan untuk kesihatan diri. Kebiasaannya kolagen di pasaran ini diproses daripada 3 sumber utama iaitu ikan, lembu dan haiwan lain.

Jadi, bagi memastikan anda mengambil produk kolagen yang terbaik, berikut merupakan perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad. Terdapat beberapa faktor perlu dikenal pasti sebelum membeli di farmasi. Jom kita tengok!

Baca juga: Tak Payah Pening-Pening, Satu Hidangan Sehari Dah Cukup Untuk Dapat Vitamin C

DOKTOR KONGSI CARA PILIH PRODUK KOLAGEN, BARULAH TAK SALAH BELI

Mahu mencari kolagen yang terbaik? Saya ingin berkongsi tentang tips memilih produk kolagen yang terbaik. Produk kolagen ini tidak sesuai diamalkan oleh semua orang. Jadi dapatkan nasihat dulu dari doktor yang merawat.

Di farmasi juga terdapat banyak pilihan untuk memilih produk kolagen. Sebelum pilih, bincang dulu dengan ahli farmasi yg bertugas . Ada beberapa tips pemilihan:

1. AMBIL BERSAMA VITAMIN C

Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang menjadi sebahagian struktur asas kulit pula tidak dapat menghasilkan kolagen tanpa Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk merangsangkan penghasilan fibroblast, dan meningkatkan penghasilan kolagen.

Oleh itu vitamin C sangat penting untuk menjadikan kulit menjadi pejal dan kelihatan lebih muda. Selain itu vitamin C mempunyai sifat antioksida yang melindungi DNA sel-sel kulit dari serangan elemen radikal bebas. Ambil vitamin C antara 500mg-1000mg untuk mendapatkan kesan yang baik. Maksima dos vitamin C adalah 2000mg sehari.

2. BOLEH DIAMBIL BILA-BILA MASA

Kolagen boleh diambil bila-bila masa walaupun ada beberapa saranan untuk diambil pada waktu-waktu tertentu. Jika kita ambil pada waktu pagi (perut kosong) ia akan menyerap dengan lebih baik. Jika diambil pada waktu malam, ia dikatakan dapat membaiki tisu dengan lebih baik. Terserahlah mahu mengambilnya pada bila-bila masa.

Kolagen yang dimakan akan dihuraikan kepada asid amino. Dalam tubuh, asid amino ini digunakan untuk menghasilkan kolagen. Tidak semua asid amino yang kita makan dapat menghasilkan kolagen. Jadi dengan mengambil suplemen kolagen, diharapkan asid amino ini telah sedia untuk dijadikan kolagen.

3. PILIH KOLAGEN JENIS I & III UNTUK KEBAIKAN KULIT

Terdapat pelbagai jenis kolagen (sekurang-kurangnya 28 jenis kolagen) dan setiap satunya mempunyai kelebihan dan fungsi yang tersendiri. Untuk kulit pilihlah kolagen jenis I dan III, kebanyakannya dari sumber haiwan seperti lembu, kerbau atau kambing.

Ada juga dari sumber ikan seperti pada kulit dan sidik ikan talapia. Kolagen jenis I terdapat banyak pada kulit, juga bahagian dalam tubuh seperti sendi, tulang dan tendon.

Kolagen jenis III lebih khusus pada kulit yang menyebabkan kekenyalan (elasticity) kulit. Dalam banyak kajian menunjukkan penghasilan kolagen jenis III ini semakin berkurangan dengan banyak (berbanding kolagen jenis I) apabila kita semakin berusia. Tidak hairanlah bila memasuki umur 50an terdapat banyak perubahan pada kekenyalan kulit. Kulit mula berkedut dengan lebih jelas.

4. MULA MENJAGA KESIHATAN KULIT APABILA MASUK 35 TAHUN

Tahap kolagen dalam tubuh mula berkurangan pada usia 30an. Faktor genetik, pemakanan, kehamilan, stress, tidak cukup rehat dan pencemaran akan menyebabkan kulit muka akan kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar.

Penghasilan kolagen yang berkurangan ini bermula seawal umur 30an dan menurun 1% pada setiap tahun.  Tubuh kita akan mengalami keseimbangan antara penghasilan dan kerosakan kolagen.

Semasa muda tubuh lebih menghasilkan kolagen, sementara apabila berumur tubuh mengalami lebih banyak kerosakan kolagen. Pengambilan kolagen dari makanan atau suplemen tidak membantu ketika kulit sudah mengalami kerosakan teruk seperti terlalu berkedut. Oleh itu penjagaan kulit harus bermula ketika waktu muda, ketika kerosakan belum terlalu banyak.

5. BERI PERHATIAN PADA KESIHATAN KULUT APABILA MENOPAUSE

Dalam kajian menunjukkan seorang wanita mengalami kedutaan kulit yang ketara sebanyak 30% apabila serelah memasuki 5 tahun fasa menopause dan mengalami kekurangan penghasilan kolagen sebanyak 2 % setiap tahun selepas itu.

Ini akan menyebabkan kulit lebih berkedut, rongga kulit bertambah besar dan kedutaan bertambah dalam. Jika kita seorang yang sangat menjaga penampilan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kolagen dan mungkin suplemen kolagen yang sesuai membantu mengurangkan kedutan pada kulit.

6. PASTIKAN TIDAK MENGANDUNG PEWARNA & BAHAN PUNCA ALAHAN

Untuk perasa cuba pilih yang berasakan tumbuhan seperti stevia dan monk fruit. Perhatikan jika terdapat dakwaan berlebihan seperti menyembuhkan penyakit tertentu dengan berbincang dengan ahli farmasi yang bertugas. Oleh kerana sumber kolagen ini dari haiwan, pastikan ia sumber yang halal.

7. SUPLEMEN KOLAGEN BUKANLAH PRODUK MAGIK

Kulit adalah sistem yang kompleks. Kolagen sudah tentu struktur asas kulit yang penting tetapi kadang kala ia memerlukan elemen elastin, ceramide, hyaluronic acid dan antioksida seperti vitamin C dan vitamin E untuk membaiki dan menjaga kesihatan kulit.

Tanpa elemen-elemen ini, kulit mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik. Sekali lagi, tidak semua orang sesuai untuk mengambil suplemen kolagen.

Jika hamil, menyusukan anak dan mengambil ubatan sintetik dari hospital, sekali lagi saya nasihatkan agar berbincang dengan doktor yang merawat atau sekurang-kurangnya berbincang dengan ahli farmasi yang bertugas. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×