Cantik

5 Cara Nak Kuruskan Pipi Yang Tembam & Terus Jadi Bentuk ‘V’ Macam Model

14
SHARES

Untuk pengetahuan semua, punca ketembaman pada pipi tentu sahaja adalah angkara lemak yang terkumpul lalu terperangkap di situ sekali gus membuat pipi tampak seperti lebih ‘berisi’.

Bagi yang pipi tembam pasti akan diejek atau dicubit gara-gara ketembaman yang membuat orang lain geram. Sebenarnya, cara kuruskan pipi yang tembam itu tidak susah. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Baca juga: 5 Perbuatan Ibu Bapa Yang Anak-Anak Akan Ingat Dan Makin Kuat Bonding

1. Jaga pola pemakanan 

Anda sudah tahu bahawa pengambilan lemak, gula serta garam adalah antara punca utama pipi tembam. Jadi, cara pertama adalah menjaga pola pemakanan anda.

Apa yang anda boleh cuba adalah menggantikan lemak, gula atau garam dengan nutrien yang lebih sihat terutama protein, serat, vitamin dan mineral serta lain-lain yang ternyata menyihatkan.

2. Senaman ringan

Sudah cukup untuk anda melakukan senaman ringan seperti berjalan, berjoging atau berbasikal dan satu cara lagi gerakkan pipi dengan cara kembungkan dengan angin, hembuskan dengan perlahan dan ulang banyak kali.

3. Urutan wajah

Urutan juga mungkin akan membuahkan hasil yang baik. Apa yang anda perlukan cuma apa-apa jenis minyak seperti minyak zaitun atau gamat yang boleh melancarkan urutan.

Selepas pipi dilumurkan minyak, anda cuma perlu mengurut dengan perlahan daripada pipi, turun ke dagu, naik ke dahi dan ulang langkah-langkah ini semula beberapa kali dalam masa sehari.

4. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup

Individu yang kurang mendapatkan rehat dan tidur biasanya menyebabkan muka menjadi sembap. Ia turut boleh membawa masalah pipi tembam apabila anda begitu kerap atau lama berjaga.

Dalam usaha untuk mengecilkan pipi, dapatkan rehat serta tidur yang cukup seperti mana yang disarankan oleh ramai pakar yakni sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

5. Prosedur kosmetik


Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai cara tetapi masih tidak membuahkan hasil, mungkin ada beberapa prosedur kosmetik yang anda boleh cuba dalam usaha untuk mengecilkan pipi namun ia datang dengan kos, masa dan risiko yang agak tinggi!

Antara prosedur yang anda boleh cuba adalah threadlift, filler atau terapi skin tightening. Ingat ya, ia mungkin efektif namun boleh mendatangkan kesan sampingan jika tidak kena caranya.

Sumber: hellodoktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×