Cantik

7 Rahsia Penjagaan Kulit Supaya Nampak 10 Tahun Lebih Muda

317
reads
cara atasi kulit kering

“Aduhai, baru masuk ‘3 series’ ni mulalah ada garisan halus sana sini. Dah nampak tualah… Apa nak buat ni?”

Penjagaan muka amat dititik beratkan terutamanya oleh golongan wanita. Jadi, masalah seperti kulit kering amat merisaukan dan menjadi punca masalah lain seperti jerawat dan mengelupas.

Selain itu, kulit kering membuatkan empunya diri tampak lebih tua dari usia sebenarnya. Untuk mencari cara mengatasi kulit kering, adalah perlu dikatahui terlebih dahulu apa yang menyebabkan kulit kering terbentuk. Secara saintifiknya, kulit kering terjadi apabila bahagian paling atas kulit iaitu epidermis kehilangan kelembapan akibat elastisiti kulit semakin berkurang.

Kulit kering juga boleh mengundang pelbagai masalah kulit lain seperti kekusaman, sangat sensitif terhadap cahaya matahari, sentuhan, malah yang lebih teruk menjadi sensitif terhadap produk-produk tertentu.

cara atasi kulit kering

Kenapa Kulit Kering Dan Berkedut?

Antara penyebab kulit kering adalah faktor genetik dan diwarisi turun temurun, kesan sampingan dari penggunaan ubat atau produk penjagaan kulit, atau mugkin juga disebabkan terdedah pada matahari dalam jangka masa yang lama.

Pemeruapan kelembapan dari kulit menyebabkannya menjadi kering dan mengalami dehidrasi.

Selain itu, faktor umur, makanan serta penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit juga boleh menambahkan kekeringan pada kulit.

cara atasi kulit kering

Foto Kredit: dermalogica.com

6 Cara Atasi Kulit Kering Supaya Tak Cepat Berkedut

Walaupun faktor penuaan tidak dapat disangkal, namun anda sebenarnya boleh mengambil langkah untuk mengawal atau memperlahankannya.

Berikut adalah 7 cara atasi kulit kering yang boleh diamalkan.

1. Sapukan krim pelembap

Antara cara atasi kulit kering paling mudah adalah dengan menyapu pelembap. Untuk pemilihan pelembap, adalah disarankan untuk memilih pelembap yang berasaskan susu. Dengan menyapu pelembap pada kulit kering, anda dapat lihat perubahan pada kulit dalam masa yang singkat.

Jangan fikir anda tidak akan kehilangan air dari sistem badan apabila berada ditempat yang terpasang penghawa dingin.

Sebenarnya, berada dalam tempat berhawa dingin lebih cepat menghidrasikan anda tanpa anda sedari kerana apabila kita berada di tempat yang bersuhu lebih dingin, kita jarang merasa haus. Jadi, adalah perlu untuk menyapu pelembap pada kulit walaupun berada di tempat yang bersuhu rendah.

Apabila melakukan aktiviti luar seperti berjogging mahupun berenang, sapulah krim pelindung matahari yang mempunyai minimum SPF-30.

cara atasi kulit kering

Foto Kredit: dietaja.org

2. Skrub muka

Pada kulit kering dapat dirasa tekstur yang kasar. Biasanya kulit ini menjadi kasar kerana terdapat lapisan kulit mati yang tidak dapat disingkirkan. Disebabkan hal ini, anda perlu memakai skrub sekali setiap minggu. Gosokkan pada kulit selama lebih kurang 10-15 minit, kemudian bilas dengan air.

Tetapi, adalah perlu diingati bahawa menskrub lebih dari sekali seminggu akan menyebabkan kekeringan pada kulit menjadi lebih teruk.

Justeru itu, perlulah dikawal dengan menyapu pelembap untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Selain itu, elakkan menggosok dengan kuat kerana kulit boleh tercedera dan menimbulkan masalah lain seperti iritasi dan kerengsaan.

hilangkan kahak

Foto Kredit: jujuaroma.com

3. Pilih produk yang sesuai

Produk kosmetik dan penjagaan kulit harian seperti sabun dan pencuci muka mengandungi bahan kimia yang bertindak sebagai bahan aktif menyingkirkan minyak yang berlebihan dari kulit.

Tetapi, jika anda mempunyai jenis kulit yang kering, anda perlulah menghindari produk ini kerana ia akan mengakibatkan kekeringan kulit yang lebih teruk.

Jadi, anda perlu teliti dalam pemilihan produk penjagaan kulit dan perlulah memilih produk yang mempunyai fungsi melembapkan kulit.

tips bekerja ceria (2)

4. Mengatasi tekanan

Selain dari faktor luaran yang disebutkan di atas, masalah kulit kering ini juga boleh berpunca dari tekanan dalam diri.

Jadi, untuk menampakkan kulit yang sentiasa sihat, anda perlulah melakukan senaman ringan untuk mengurangkan stres. Anda juga mungkin boleh mengamalkan aktiviti yoga mahupun bermeditasi.

makanan menurunkan berat badan

5. Banyak makan buah dan sayur

Untuk memiliki kulit yang sentiasa sihat dan lembap, penjagaan pengambilan makanan adalah amat penting.

Makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai nutrisi dan bahan aktif yang boleh membantu merawat kulit kering dari dalam. Pilihlah sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, E dan C.

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)

6. Banyak minum air kosong

Bukan orang diet saja perlu banyak minum air kosong. Setiap orang perlulah mengamalkan pengambilan air yang cukup untuk sistem badan.

Amalkan meminum 8 gelas sehari supaya dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit anda.

cara atasi kulit kering

Foto Kredit: enkivillage.com

7. Basuh muka selalu

Bukan basuh muka dengan sabun, tetapi cucilah dengan air bersih sekerap mungkin. Secara saintifiknya, ia terbukti membantu memudarkan kedutan wajah.

Bagi yang Muslim, ambillah peluang ini dengan membasahi wajah melalui berwudhu’. Ia bukan saja dapat menyingkirkan wajah daripada kekotoran, tetapi juga terbukti ‘menaikkan seri wajah’ seseorang.

Tak susah pun!

Apabila air cukup dalam sistem badan, ditambah lagi dengan sapuan krim lembapan pada kulit, kulit anda akan menjadi halus dan lembut seterusnya keyakinan diri anda akan meningkat.

Tak susah sebenarnya nak amalkan cara atasi kulit kering di atas.

Mulakanlah sejak awal remaja supaya kulit kekal cantik dan ‘flawless’!

Carian Yang Berkaitan:

  • cara mengelakkan wajah nampak lebih tua dari usia
  • cream muka yang bagus
  • rahsia tentang kulit remaja
  • rahsia tua tampak muda
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top