Famili

7 Tips Hilangkan Stress Di Tempat Kerja

305
SHARES
Tips hilangkan stress di tempat kerja

“Malasnya nak ke ofis, kan syok kalau boleh duduk rumah goyang kaki. Tak payah nak menghadap bos yang kepala angin 24 jam, tak sakit mata dan hati dengan kaki gossip, kaki ampu. Makin tak seronok nak kerja situ, tapi nak buat macam mana tak kerja tak ada duit. Aku pun bukan muda lagi nak lompat-lompat kerja. Apa tips bekerja untuk lebih seronok ya…?”

Bukan anda sahaja, malah ramai di luar sana menghadapi dilema yang sama.

Bekerja hanya untuk kelangsungan hidup. Gembira atau tidak dengan suasana di ofis, ‘belakang kira’.

Memang syok kalau dapat persekitaran kerja yang seronok, ‘fun’ dan tidak stres.

Kalau seronok, kerja tujuh hari seminggu pun tak mengapa! Makan free dan suasana kerja stress-free.

Tapi tidak semestinya persekitaran kerja yang teruk bermakna kita tidak boleh berseronok. Bukankah keseronokan itu boleh dicari?

Di sini ingin saya kongsikan beberapa tips bekerja dengan ceria!

Hilangkan stress di tempat kerja

7 Tips Bekerja Dengan Seronok, Hilangkan Stress di Tempat Kerja

Cuba amalkan beberapa tips bekerja supaya kita boleh meninggalkan segala perkara negatif, ceria, dan tetap fokus!

1. Cari kawan yang rapat

Mungkin kita rapat dengan staf yang kebetulan satu kepala dan sama minat.

Jadi berada bersama mereka sedikit sebanyak menceriakan hari-hari kita sepanjang di ofis.

Stres kerja pun dapat dikurangkan apabila dikongsi bersama.

Hilangkan stress di tempat kerja

2. Hias meja kerja

Ofis menjadi rumah kedua kerana kita di situlah kita berada seharian.

Jadi hias meja kerja mengikut cita rasa, jadi setiap kali anda berada di tempat duduk, anda rasa gembira.

Tapi jangan over sangat sampai penuh hiasan di meja.

Hilangkan stress di tempat kerja

Foto Kredit: ujnemzedek.hu

3. Lakukan sesuatu yang anda sukai

Tidak semestinya berada di ofis sepanjang hari, anda tidak boleh melakukan apa yang minat misalnya pada waktu ‘break’, anda boleh mencari resipi-resipi menarik yang boleh dicuba malam nanti atau pada hujung minggu.

Cuma ingat, tips bekerja ini jangan pula dilakukan sampai leka hingga tidak membuat kerja!

tips bekerja ceria 1

4. Buat benda baru

Kesibukan kerja ada kalanya membuatkan kita tidak mengambil tahu apa yang terjadi di persekitaran.

Sesekali berkomunikasi dengan staf di luar jabatan dan anda akan seronok mengenali ramai orang dan mengetahui pelbagai info yang berlaku di ofis.

tips bekerja 2

5. Elak semua yang negatif

Semua yang negatif memang boleh ‘membunuh’ keseronokan ketika di ofis, jadi elak mereka yang suka menimbulkan kontroversi, gosip dan mereka yang membawa aura negatif.

Dengan tips bekerja ini, anda akan sentiasa berada dalam keadaan positif.

tips bekerja di pejabat

6. ‘Buang’ masalah peribadi

Biasanya apabila tertekan dengan isu peribadi, secara tak langsung boleh mempengaruhi emosi ketika berada di ofis.

Sebab itu, sebaik masuk di ofis, ‘buang’ semua masalah peribadi di luar.

Lupakan segala masalah di rumah dan fokuskan pada kerja. Baru semangat!

Suarakan hak anda sebagai pekerja

7. Selalu bergerak

Duduk sepanjang masa pun bukannya sihat, jadi sesekali bangun dan bergerak.

Mungkin berjalan keluar sekejap sambil merasai angin luar, bersenam ringan atau sebagainya.

???????

Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri

‘Reward’ diri anda atas apa jua peningkatan yang anda lakukan.

Tidak perlu tunggu bos atau rakan sekerja memberi pujian, cukuplah anda seorang yang tahu.

Jadi dengan tips bekerja ini anda akan sentiasa bersemangat dan gembira berada di ofis.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×