Famili

8 Cara Sejukkan Rumah Dan Badan Tanpa ‘Air-Cond’. Mudah & Murah!

18.7K
reads
cuaca panas

“Ish panasnya cuaca sekarang ni. Bestnya kalau ada ‘air-cond’, sejuk sikit badan. Tak ada la berpeluh-peluh, tidur malam pun tak selesa. Tapi, nak beli ‘air-cond’ bukannya murah. Lepas tu pulak, kena tanggung bil elektrik yang tinggi. Aduhai, macam mana agaknya cara sejukkan rumah yang panas ni? ”

Memang best kalau dapat duduk dalam bilik atau bangunan yang ada penghawa dingin atau ‘air cond’. Cuaca terik kat luar sana pun tak terasa. Buat apa pun semuanya selesa. Kalau waktu malam, tidur pun seronok diulit kedinginan.

Tapi, tidak semua mampu mengguna ‘air-cond’ di rumah kerana harganya yang agak mahal ditambah jika banyak penggunaannya, maka banyak jugalah elektrik yang perlu dibayar. Bayangkan kalau ada empat atau lima bilik di rumah mengguna ‘air-cond’ sepanjang malam setiap hari, mahu mencecah ribuan ringgit bil elektrik!

heat stroke

Foto Kredit: bbc.com

8 Cara Sejukkan Rumah Dan Badan Tanpa ‘Air Cond’

Jadi, adakah cara sejukkan rumah tanpa membelanjakan wang yang banyak?

Ya, anda boleh lakukan langkah ini untuk menyejukkan rumah tanpa perlu guna ‘air-cond’, iaitu:

1. Gunakan pelembap udara atau ‘humidifier’

bayi tidur berdengkur

Foto Kredit: amazon.com

Pelembap udara atau ‘humidifier’ ini tidaklah semahal ‘air-cond’ tetapi ia boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.

Sekarang, ianya semakin banyak dijual di pasaraya dan juga secara ‘online’. Yang menariknya, anda juga boleh menambahkan aroma wangian untuk menambahkan kesan nyaman dan segar dalam bilik.

2. Jika tiada kipas siling, guna kipas meja dan letakkan berdekatan dengan tingkap

Ini agar udara panas yang terkumpul dalam bilik dianginkan keluar. Lebih banyak kipas lagi bagus.

cara sejukkan rumah

Foto Kredit: midtwentiesgal.com

3. Letak bantal kecil dalam ‘freezer’ sejam sebelum tidur

Apabila ingin tidur, ambil bantal dan letakkan berdekatan dengan badan. Balut bantal dengan plastik untuk elak ais cair dan meresap ke tilam.

4. Jika bantal tidak cukup, anda juga masukkan selimut dalam ‘freezer’

Lipat kecil-kecil dan masukkan dalam plastik. Sebelum tidur, bawa keluar daripada ‘freezer’.

Guna cadar dan sarung bantal daripada sutera atau satin. Bahan ini menyejukkan badan.

cara sejukkan rumah

Foto Kredit: laurelleaffarm.com

5. Basahkan sapu tangan dan letak di belakang leher

Ini kerana bahagian ini adalah sensor yang mengawal suhu badan. Jika leher sejuk, maka seluruh badan juga akan rasa sejuk.

6. Beralih tempat tidur

Baring atas lantai beberapa minit jika tilam terasa panas dan membahang. Kemudian kembali semula pada tilam.

cara sejukkan badan

Foto Kredit: news.babe.co.id

7. Buat ‘air-cond’ sendiri

Bekukan air botol semalaman. Apabila panas, ambil dan letak di lantai betul-betul di bawah kipas siling atau posisikan kipas meja di belakang air botol beku tadi.

On kan kipas dan anda akan rasa angin kipas sejuk seperti ‘air-cond’. Untuk air botol kekal beku, tabur sedikit garam ke atasnya.

Lagi satu cara, letakkan sebesen ais di depan kipas angin. Boleh sejuk buat sejam dua, jadilah…

cara sejukkan rumah

Foto Kredit: flickr.com

8. Minimakan haba

Tutup semua perkakasan elektrik yang menjana haba seperti ‘laptop’, lampu dan televisyen sebelum tidur.

Siapa kata tanpa ‘air-cond’ anda tidak mampu sejukkan badan?

Cuma anda kena berusaha lebih untuk dapatkan keselesaan di tahap maksimum. Tentu berbaloi berusaha dengan cara sejukkan rumah di atas.

Lepas berhabis ikhtiar, barulah dapat rasakan nikmatnya. Tidur malam pun lebih lena!

Yang Popular

To Top