Asuh

Adakah Normal Jika Bayi Tidur Berdengkur?

85
SHARES
bayi tidur berdengkur

“Alahai comelnya Betty tidur. Siap menganga lagi. Penat sangat bermain lah tu sampai tidur berdengkur. Eh, bayi pun berdengkur juga ya. Ingatkan orang dewasa sahaja yang tidur berdengkur

Tapi memang normal ke kalau bayi tidur berdengkur? Atau sebenarnya ‘baby’ ada masalah pernafasan yang kita tak tahu? Perlu atau tidak jumpa doktor?

Tidur berdengkur di kalangan bayi adalah normal kerana ruang pernafasannya masih kecil dan sempit.

Saiz badan yang kecil juga menyebabkan udara yang masuk dan keluar melalui hidung serta mulut bergesel sehingga terhasillah pelbagai bunyi termasuk berdengkur.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan jika bayi tidur berdengkur?

1. Tukar postur tidur

bayi jatuh katil

Foto Kredit: babypictureideas.com

Tanpa kita sedari, postur bayi sewaktu tidur sebenarnya mengganggu pengaliran udara keluar masuk.

Tukar postur tidur apabila bayi berdengkur sehingga tiada lagi bunyi dengkuran.

2. Dongakkan kepala bayi sewaktu tidur

Jika semua postur sudah dicuba dan bayi masih berdengkur, dongakkan kepalanya perlahan-lahan dan pegang buat seketika.

Ia akan membantu meluaskan lagi ruang pernafasan di hidung.

Lakukan kejap-kejap hingga dengkur bayi semakin berkurangan.

3. Periksa hidung

Bayi juga ada tahi hidung. Meskipun sedikit, tapi apabila tidak dibuang, makin banyak ia berkumpul dan boleh menghalang pengaliran udara keluar masuk.

Ini menyebabkan hidung tersumbat serta mengeluarkan bunyi.

4. Bersihkan bilik sebelum tidur

bayi tidur berdengkur

Foto Kredit: homefuly.com

Ada bayi yang begitu sensitif terhadap habuk hingga menyebabkan bayi tidur berdengkur.

Buang semua habuk dan debu dalam bilik setiap kali hendak tidurkan bayi kerana pencemaran udara boleh mengganggu hidung bayi.

5. Pasang ‘humidifier’

bayi tidur berdengkur

Foto Kredit: amazon.com

Hidung bayi amat sensitif terutamanya yang mempunyai alahan pada hama dan debu.

Apabila banyak pencemaran pada bilik tidurnya, hidung bayi lebih mudah tersumbat dan mengeluarkan bunyi.

Titisan-titisan air daripada pelembap udara atau ‘humidifier’ mampu memberi sedikit kelegaan kepada bayi.

6. Lap dengan air suam

Sebelum tidur, lap badan bayi dengan air suam terutamanya di bahagian hidung lebih-lebih lagi jika dia selesema.

Air suam membantu mencairkan mukus atau kerak-kerak dalam hidung bayi, sekali gus mengelakkan bayi tidur berdengkur.

Dapatkan rawatan lanjut

Semakin meningkat usia, ruang pernafasannya juga turut membesar.

Biasanya bayi sudah tidak lagi tidur berdengkur apabila ruang pernafasannya menjadi semakin luas.

Tapi jika masalah berdengkur makin berterusan biarpun usianya semakin bertambah, maka bawalah anak membuat pemeriksaan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×