Cantik

Kutil Di Leher & Badan Makin Banyak Bila Makin Berusia. 7 Perkara Tentang ‘Skin Tags’ Kita Kena Tahu

84
SHARES

Kutil ialah sejenis tumbuhan kecil  pada kulit dan selalunya muncul pada orang yang berusia.

Walaupun ia mungkin akan menjejaskan penampilan, namun ianya tidak gatal dan tidak membahayakan.

Istilah perubatan yang digunakan untuk kutil ialah acrochordons manakala istilah yang biasa digunakan ialah skin tags.

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang kutil.

Jom kita baca selanjutnya.

Kutil Di Leher, Ketiak Dan Alat Kelamin. Ini 7 Perkara Perlu Tahu Tentang Skin Tags

1. Apakah Kutil?

Kutil merupakan kepingan kecil kulit yang tergantung dari kulit.

Kutil biasanya muncul di leher, kelopak mata, ketiak, lipatan pangkal paha, dan di bawah payudara, iaitu di kawasan badan di mana pakaian cenderung bergesel dengan kulit.

Sesiapa sahaja boleh mengalami tumbuhan kutil akan tetapi mereka lebih lazim ada pada orang dewasa pertengahan umur dan / atau yang obes.

cara hilangkan kutil

2. Punca & Penyebab Kutil Pada Badan

Menurut Dr. Melissa Piliang, seorang dermatologis di Cleveland Clinic, terdapat beberapa kemungkinan penyebab timbulnya kutil pada badan anda.

Antara puncanya termasuklah:

  • Genetik (keturunan)
  • Geselan antara kulit
  • Perubahan hormon (contohnya kehamilan)
  • Orang yang berlebihan berat badan dan pesakit diabetes juga cenderung mempunyai kutil kerana insulin boleh menyumbang kepada faktor pertumbuhan kutil
cara hilangkan kutil

Foto Kredit; Public Health Malaysia

3. Adakah Ia Boleh Menyebabkan Kanser?

Jangan risau, dalam kebanyakan kes, kutil adalah normal dan ia tidak akan menjadi barah kulit.

Kerengsaan boleh berlaku jika pergeselan berlaku diantara pakaian, perhiasan, atau kulit lain.

Namun, anda mungkin perlu memberi lebih perhatian jika terdapat ketumbuhan kulit yang timbul pada alat kelamin (genital warts).

Menurut Dr Sashini Seeni menerusi DoctorOnCall, sekiranya ketumbuhan kulit seperti ketuat ini timbul akibat virus HPV, maka pemeriksaan lanjut seperti vaksinasi harus diberikan kerana jangkitan HPV berisiko besar menyebabkan kanser serviks pada wanita.

Secara umum, masalah kulit yang mirip kutil kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.

Antaranya:

  • Variasi kulit yang normal
  • Kutil kelamin akibat jangkitan virus HPV
  • Tindakbalas alahan
  • Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, Sifilis

cara hilangkan kutil

4. Biji Kolesterol Pada Mata

Selalu juga kita dengar istilah ‘biji kolesterol’ yang dikaitkan dengan kutil pada bahagian mata.

Kondisi ini berbeza dengan kutil.

Secara klinikalnya, ia dikenali sebagai xanthoma, iaitu sejenis kelainan kulit yang ditandai dengan plak pengumpulan deposit lipid berupa lemak kekuningan.

Biasanya xanthoma muncul pada bahagian atas kelopak mata.

Kadang-kadang ia disebut xanthelasma.

Orang yang mengalami xanthoma umumnya mengalami kolesterol tinggi, dan wanita lebih sering mengalaminya berbanding dengan lelaki.

Ia juga lebih mudah dialami oleh orang berusia 50 tahun ke atas.

5. Kaitan Diabetes & Kutil

Menurut Healthline.com, kajian 2007 mendapati bahawa terdapat peningkatan risiko diabetes pada orang yang mempunyai banyak kutil.

Pakar perubatan dinasihatkan memeriksa kemungkinan diabetes pada orang yang mempunyai kutil.

Kajian kemudiannya pada tahun 2015, mencapai kesimpulan yang sama, yang mengukuhkan hubungan kutil dan diabetes.

Kajian yang lebih baru mendapati bahawa kutil adalah penunjuk kolesterol tinggi pada orang dengan Diabetes Type 2.

Tanda kencing manis

6. Cara Hilangkan Kutil / Rawatan

Dalam sesetengah kes, kutil akan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang prosedur.

Namun sekiranya ianya mengganggu rasa konfiden pada diri, seseorang akan memilih untuk membuangnya.

Menurut Public Health Malaysia, prosedur untuk membuang kutil atau skin tags adalah menerusi pembedahan kecil yang boleh dilakukan oleh doktor.

Terdapat juga krim sapuan yang boleh dibeli di farmasi. Membuang sendiri menggunakan rambut, gunting dan pisau tidak digalakkan kerana risiko kecederaan dan pendarahan.

7. Pencegahan

Tiada cara yang jelas bagaimana seseorang boleh mencegah kutil daripada muncul pada kulit.

Namun seseorang mungkin boleh mengurangkan faktor risiko dan memastikan kesihatan kulit yang baik dengan cara berikut:

  • Mengambil makanan yang rendah lemak tepu dan kalori.
  • Bersenam secara sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari seminggu.
  • Pastikan semua lipatan kulit berada dalam keadaan kering untuk mengelakkan geseran.
  • Keringkan badan sepenuhnya selepas mandi. Sapukan bedak ke lipatan kulit seperti ketiak
    anda yang cenderung memerangkap kelembapan.
  • Jangan memakai pakaian atau perhiasan yang merangsangkan geseran pada kulit anda. Pilih
    kain lembut yang bernafas seperti kapas dan bukannya nylon atau spandeks.

Foto Kredit: wikihow.com

Jadi, Apa Yang Perlu Buat Kalau Ada Kutil?

Memang ada banyak cara dan petua membuang kutil sendiri, namun pastikan anda memahami risiko jangkitan dan seeloknya ia dilakukan oleh doktor secara profesional.

Jika anda mengalami kutil yang banyak dan tidak selesa, berjumpalah doktor untuk mengetahui puncanya yang mungkin berkait rapat dengan kesihatan anda.

Baca juga: Petua Hilangkan Ketuat Guna Daun Kesum & Garam. Memang Menjadi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×