Dapur

Ikan Selayang (Sardin) Rebus Harum Mewangi, Sampai Licin Pinggan Sebab Cara Ini Isinya Lebih Pejal!

31
SHARES

Resepi ikan selayang rebus harum mewangi merupakan salah satu menu warisan ‘kegilaan’ tekak masyarakat Kelantan. Percayalah, rasa menu ringkas ini memang sedappp!

Nak pula selepas ikan selayang yang turut dikenali dengan nama sardin ini direbus, digoreng pula bersama hirisan bawang dan cili api. Perghhh, boleh buat nasi habis dan licin pinggan okey~ Kalau anda tak percaya, cubalah buat dengan mengikuti resipi ikan selayang oleh Afy AL Habibi.

Baca juga: Resipi Kek Marble Neopolitan Manis-Manis Buah, Nak Buat Gebu Adunan Kena Ringan Baru Jadi!

RESEPI IKAN SELAYANG (SARDIN) REBUS HARUM MEWANGI

resepi ikan selayang

Sepagi tadi misi cikgu keluar ke pasar nak cari ikan. Banyak hari asyik makan ayam. Rasa tak tertelan dah.

Intai ruangan bahagian ikan cikgu nampak ikan selayang (sardin) dua jenis segar sungguh. Sardin gajah dan sardin hitam, memang cikgu geramlah.

Dalam kepala segala menu melintas. Goreng bawang, cicah pulut gaul kelapa, masak sambal, laksa penang semua ada belaka. Balik rumah cikgu terus siang, basuh bersih dan rebus.

Baca juga: Step By Step Resepi Mi Kari Sedap, Kuah Berlemak Elok, Barulah Puas Hirup Kuah!

Tips rasa sedap makan isi ikan

Salah satu tips juga nak sedap makan isi ikan ini, terus rebus. Kalau simpan lama berhari-hari dalam peti rupa ikan dah lembik sikit lepas dibekukan.

Cara rebus gaya cikgu suka bagi mengekalkan kepejalan ikan ada cikgu tunjukkan di bawah. Sesuai namanya harum mewangi cikgu letakkan bahan yang Mok ajar dulu ditambah juga bahan lain cikgu sesuaikan.

Semoga bermanfaat kepada kawan yang mahu mencuba walaupun resipi ini ringkas sahaja. Pastinya ia menjadi salah satu menu warisan kegilaan untuk tekak orang Kelantan.

Baca juga: Cara Buat ROTI KERING BERGULA Yang Rangup, Cicah Air Panas Pehhh Terbaik!

Cara rebus ikan selayang / sardin

resepi ikan selayang

Dua jenis cikgu beli sebab kedua-duanya cikgu suka, sardin hitam dan sardin gajah. Bukan mackerel yang besar itu, lain rupa dan rasanya.

Ini pula bahan-bahan yang memang cikgu suka ikuti dari dulu untuk tambah dalam rebusan.

  • 1 sb gula merah (sepatutnya guna nisse 1/2 relung kecil. Tapi st ok dekat rumah dah habis)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil perisa
  • 1/3 sudu kecil asam jawa
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 asam keping
  • Sehiris halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 2 helai daun pandan

*KUANTITI semua ini boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera atau jumlah ikan yang digunakan*

Baca juga: Resepi Air Asam Menyengat, Ada Teknik Rahsia Buat Lagi ‘Kick’!

resepi ikan rebus goreng

  1. Basuh cuci biar hilang darah di celah-celah dada ikan.
  2. Susun ikan dalam kuali, ikutlah nak guna periuk pun.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan tambahan rebusan tadi.
  4. Dah siap sedia untuk rebus kira-kira 30 minit dalam api perlahan (cara cikgu rebus ikan juga jarang letak air sebab nanti air ikan akan turun sendiri nanti).
  5. Tutup kuali dengan tudung periuk besar untuk elakkan ikan hangit, nanti air ikan cepat keluar dengan sendiri.
  6. 10 minit sebelum tutup api cikgu cuba sikit kuahnya, kalau tawar boleh tambah garam lagi.
  7. Siap lepas 30 minit merebus, air ikan memang akan keluar ya. Cikgu suka guna cara ini sebab isi ikan pejal.
  8. Sejukkan dulu baru boleh simpan atau masak ikut menu disukai untuk elak badan ikan hancur.

Baca juga: Tauhu Tulip Lembut Di Luar Tapi Garing Dalamnya, ‘Jajan’ Enak Bikin Jatuh Cinta!

Tips menggoreng ikan rebus

resepi ikan rebus goreng

Kalau tak kena gaya minyak panas ye terpercik merata.

  1. Cara cikgu lepas panaskan minyak, tutup dulu api dan masukkan ikan.
  2. Kemudian tutup dengan tudung periuk dan baru buka semula api.
  3. Nak balikkan pun guna kaedah sama.
  4. Agak-agak ikan dah dekat garing bolehlah masukkan bawang merah mayang dan cili padi hijau serta merah.

Baki ikan rebus bolehlah simpan dalam peti untuk dibuat pelbagai menu masakan lain lagi. Semoga bermanfaat.

resepi ikan rebus goreng

Baca juga: Tak Perlu Rendam Berejam, 15 Minit Je Sayur Layu Terus Berubah Segar Dengan Tips Ini!

Sumber: Afy AL Habibi

FT Image: Afy AL Habibi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×