Dapur

Resepi Mudah Burnt Cheesecake & Bakar Guna Airfryer, Cepat Siap!

23
SHARES

Memang ramai dalam kalangan kita yang menggemari kek keju atau cheesecake. Antara variasi cheesecake yang menjadi kegilaan ramai buat masa sekarang adalah burnt cheesecake.

Namun, ada juga dalam kalangan kita yang telah mencuba beberapa kali untuk buat burnt cheesecake ini tetapi tak menjadi! Jadi, apa kata anda cuba buat burnt cheesecake ikut resepi mudah dibakar tanpa menggunakan ketuhar tapi digantikan dengan airfryer. Memang senang!

Baca juga: Resepi Jacket Potato Dari UK, Ubi Bakar Yang Kena Dengan ‘Tekak’ Orang Malaysia!

BURNT CHEESECAKE MENJADI WALAUPUN DIBAKAR MENGGUNAKAN AIRFRYER!

Lama tak share dekat sini. Ini lah hasil bakar dengan airfryer je macam pakai oven kan? Dekat sini saya share resepi simple ni, mudah dan cepat je siap. Rupa-rupanya memang senang sangat buat kek ni.

Mujur ada airfryer.

RESEPI BURNT CHEESECAKE MENGGUNAKAN AIRFRYER

BAHAN-BAHAN:

  • 250g cream cheese.
  • 120ml whipping cream.
  • 1/2 cawan gula castor.
  • 2 sb tepung gandum.
  • 2 biji telor size A.

CARA-CARANYA:

1. Whisk cream cheese dan gula.

2. Masuk whipping cream & whisk.

3. Masuk telur & whisk lagi.

4. Last sekali tepung gandum.

5. Whisk sampai sebati.

6. Masukkan adunan dalam loyang (sapukan margerin).

7. Suhu: 160 Masa : 30mins.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Tsu Feh Sufiah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×