Suami Isteri

Wahai Suami, Hargailah Isteri Sebelum Terlambat. Ini Caranya…

10
SHARES
cara menghargai isteri

Saat akad nikah dilafazkan, maka bermulalah satu ikatan perjanjian antara seorang lelaki yang akan memimpin tangan isterinya ke syurga. Perjanjian ini merupakan amanah dan satu tanggungjawab yang besar dalam kehidupan rumah tangga kerana lelaki yang bergelar suami mestilah memimpin keluarga dengan sebaiknya.

Rendahkanlah egomu, luaskanlah kasih sayangmu. Menghargai sang isteri tidaklah menjatuhkan ego suami, bahkan boleh menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih antara dua hati. Berikut antara cara menghargai isteri para suami boleh lakukan.

Baca juga: “Arghh Takutnya…”- Tips Malam Pertama Elak Malu, Baru Semuanya Lancar

WAHAI SUAMI, INI CARA MENGHARGAI ISTERI UNTUK KEKAL BAHAGIA

CARA MENGHARGAI ISTERI

1. SAYANG PERLU DILAFAZKAN 

Melafazkan rasa cinta tidaklah menjatuhkan ego seorang lelaki, malah ia akan mengeratkan lagi hubungan dan rasa kasih sayang antara pasangan.

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ

Maksudnya: “Apabila salah seorang kalian mencintai saudaranya, maka khabarkanlah bahawa engkau mencintainya.”
(HR Ibn Hibban, hadis sahih) 

2. BERKOMUNIKASI DENGAN LEMAH LEMBUT 

Komunikasi adalah satu elemen yang paling penting dalam perhubungan. Berkomunikasilah dengan baik dan lemah lembut agar setiap apa yang dibincangkan mendapat kata sepakat dengan mudah tanpa mengguriskan hati.

Daripada Aisyah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لَا يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لَا يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ

Maksudnya: “Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut. Dia mencintai sikap lemah lembut. Allah akan memberikan pada sikap lemah lembut sesuatu yang tidak Dia berikan pada sikap yang keras dan juga akan memberikan apa-apa yang tidak diberikan pada sikap lainnya.” (HR Muslim, hadis sahih)

CARA MENGHARGAI ISTERI

3. SALING MEMBANTU MEMBUAT KERJA RUMAH 

Rajinkan diri untuk bertanya apa yang perlu dibantu, bantulah isteri supaya mereka tidak keseorangan menguruskan anak-anak. Pertolongan yang sedikit ini mampu membuatkan mereka rasa sangat bahagia dan dihargai.

Diriwayatkan daripada al-Aswad; dia berkata:

سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ

Maksudnya: “Saya bertanya kepada Aisyah; “Apakah Nabi SAW pernah ikut membantu pekerjaan rumah isterinya?” Aisyah menjawab; “Beliau suka membantu pekerjaan rumah isterinya, apabila tiba waktu solat, maka beliau beranjak untuk melaksanakan solat.”  (HR Bukhari, hadis sahih)

SubhanAllah, sungguh indah dan harmoni sebuah rumah tangga itu dengan kerendahan ego seorang lelaki.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×