Cantik

Hilangkan Masalah Mata Panda Guna Timun, Betul-Betul Menjadi!

1
SHARES
Lingkaran gelap bawah mata

Lingkaran gelap bawah mata atau ‘mata panda’ merupaka perkara biasa yang boleh berlaku tanpa mengira jantina. Antara faktor yang menyebabkan bawah mata gelap adalah tidak cukup tidur, genetik dan lain-lain.

Walaupun ia tidak menjejaskan kesihatan namun kurang keyakinan untuk berjumpa orang kerana malu. Selain menggunakan produk penjagaan kulit, kata orang khasiat timun boleh membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata. Betul ke?

Baca juga: Alamak! Malunya Ada Selulit Dekat Paha & Perut, Ini 8 Cara Nak Hilangkannya

LINGKARAN GELAP BAWAH MATA BOLEH HILANGKAN GUNA TIMUN?

Lingkaran gelap bawah mata

Asid askorbik dan asid kafeik adalah dua bahan berkhasiat dalam timun yang boleh membantu masalah water retention. Inilah sebabnya mengapa timun boleh digunakan secara topikal untuk masalah bengkak bawah mata, luka terbakar dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun dan batang timun boleh menghalang pembentukan melanin (lingkaran gelap bawah mata). Ia bertindak dengan rencatkan enzim tyrosinase.

Selain itu, kehadiran bahan leutin dalam timun juga berpotensi sebagai agen pemutih kulit. Jus timun juga ada sifat anti elastase iaitu boleh digunakan sebagai anti kedut.

Seeloknya hirisan timun bukan sahaja diletakkan pada mata tetapi jusnya juga diminum. Untuk rasa lebih sedap, boleh perahkan sedikit jus limau kasturi dan masukkan sedikit madu asli.

Lingkaran gelap bawah mata

Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Drugs and Dermatology pada tahun 2009 juga mendapati vitamin K dalam timun, boleh mengurangkan perubahan warna gelap bawah kelopak mata.

Kesimpulannya, benarlah timun boleh membantu menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang mujarab. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×