Dapur

Resepi Pulut Ayam Thai Paling Senang Nak Buat, Orang Bujang Pun Boleh Buat!

31
SHARES

Kalau rasa lapar tapi malas nak masak tapi nak juga makan, cubalah buat resepi Pulut Ayam ala Thai di bawah ini. Boleh buat resepi ayam tu lawan dengan nasi saja pun boleh.

Tak perlu buang masa di dapur lama-lama. Memahami sangat keadaan badan yang berasa penat bila balik kerja. Tambahan pula, yang hidup bujang kena masak untuk diri sendiri.

Baca juga: Resepi Laba Garlic Viral! Bila Tengok Mukbang Rupanya Ini Rakyat China Selalu Makan

RESEPI PULUT AYAM THAI PALING SENANG NAK BUAT

Lunch untuk anak. Pulut ayam ala Thai. Alhamdulillah. 

RESEPI AYAM GORENG

BAHAN-BAHAN

  • Bawang putih
  • Akar daun ketumbar
  • Serbuk lada sulah
  • Kicap cair
  • Tepung beras
  • Bawang hiris halus (buat bawang goreng)

CARA-CARA:

Tumbuk bawang putih dan akar daun ketumbar sehingga lumat.

Kemudian, bahan dilumat tadi masukkan ke dalam bekas berisi ayam bersama serbuk lada sulah, kicap cair dan tepung beras.

Gaulkan bersama sehingga rata kesemuanya sehingga menjadi perapan ayam.

Sementara itu, goreng dulu bawang dalam minyak yang panas dan angkat sesudah itu.

Masukkan pula ayam ke dalam minyak tadi. Goreng sehingga masak tau.

RESEPI SOS PENCICAH

  • Sedikit air panas
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Pes asam jawa
  • Gula
  • Bijan & daun ketumbar

Hanya perlu digaul kesemuanya di dalam bekas cantik.

Kalau nak pedas, boleh letak cili api cincang.

Mudah bukan nak buatnya? Sesuai sangat untuk orang bujang nak makan sedap petik jari saja dah siappp! Sangatlah menyenangkan kerja, perut pun kenyang, hati gembira, hidup tenang. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Amirah Md Esa via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×