Dapur

Resepi Laba Garlic Viral! Bila Tengok Mukbang Rupanya Ini Rakyat China Selalu Makan

2
SHARES

“Ehh apa yang hijau hijau kecil tu? Macam sedap pulak.”

“Nampak macam petai? Ehh! Dia orang tahu makan petai?”

Bagi peminat mukbang, mesti anda biasa tengokkan video mukbang dari negara China? Lepas itu, mesti hairan apakah hijau kecil-kecil yang mereka selalu makan dan nampak sangat menyelerakan.

Kalau nak tahu, itulah jeruk bawang putih dan bukan petai seperti tekaan anda semua. Ia merupakan salah satu makanan tradisional rakyat negara tembok besar tersebut. Kalau nak rasa macam mana lazatnya jeruk bawang putih ini, apa kata cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan AJ Idris.

Baca juga: Resepi Biskut Datin Viral, Biskut ‘Kayangan’ Anda Boleh Cuba Buat!

RESEPI LABA GARLIC VIRAL!

Terpengaruh sungguh dengan mukbang viral China, nampak diorang makan benda kecil hijau rangup-rangup macam petai.

Rupanya jeruk bawang putih.

Bawang Putih Laba (Laba Suan) dibuat pada hari ke-8 (LaBa) dalam bulan ke-12 dalam Kalender Lunar Cina, yang dianggap sebagai hari paling sejuk di China Utara. Makanan tradisional Cina ini selalu dihidangkan bersama daging atau makanan berminyak.

KHASIAT PEMAKANAN

Laba Garlic dipercayai mampu memperbaiki sistem penghadaman, anti penuaan serta anti-kanser.

RESEPI LABA BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN

  • 3 labu bawang putih dikupas kulit dan dibuang pangkalnya, dicuci bersih dan toskan.
  • 1 cawan cuka beras (warna coklat atau putih). Saya gantikan dengan cuka makan biasa saja.
  • 1 sudu besar gula batu

CARA-CARA:

1. Masukkan bawang putih yang dikupas ke dalam balang.

2. Masukkan gula batu dan tuang cuka hingga menutupi bawang.

3. Tutup balang dan biarkan (pada suhu bilik) hingga warna hijau emerald terhasil (ambil masa lima hari atau lebih). Lagi lama lagi cantik hijaunya.

Siap daaa…

*Sekali dah buka, kena simpan dalam peti sejuk ya*

Di ruangan komen pula, ramai warga netizen yang hairan dan berpendapat ianya petai pada mulanya. Rupa-rupanya…

Dah tak perlu rasa hairan lagi, bila tengok mukbang dari negara China makan si kecil bewarna hijau ini. Rasanya pun masam-masam pedas, boleh cuba buat mana tahu kena dengan selera anda. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook AJ Idris via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×