Dapur

Resepi Biskut Datin Viral, Biskut ‘Kayangan’ Anda Boleh Cuba Buat!

57
SHARES

Wahhh! Tak sangka ada juga nama Biskut Datin. Kayangan juga bunyinya ada kelasss! Tak pernah dengar bukan? Tapi memang wujud ya biskut ini.

Bolehlah masukkan dalam senarai kuih Hari Raya tahun ini. Resepi ada disediakan di bawah oleh Puan Bam Azimad. Jom buat!

Baca juga: Resepi Scone Hanya Guna 3 Bahan, Rasa Macam Di Cameron Highlands!

RESEPI BISKUT DATIN VIRAL, BISKUT ‘KAYANGAN’ ANDA BOLEH CUBA BUAT!

Mula-mula terjumpa biskut ni masa ikut pergi beraya rumah orang. Dalam hati berkata, rasa macam kuih tart sebab ada jem nanas dalamnya. Agaknya orang ni malas nak cetak, nak sepit sebab tu dia masuk saja dalam paper cup lepas tu leperkan.

Kemudian terjumpa posting dalam group ini juga. Rupa-rupanya biskut ini memang ada nama sendiri iaitu BISKUT DATIN. Hebat juga nama bukan calang-calang.

Beli jem nanas masa nak raya 2021 konon nak cuba buat tapi mood kendur sebab anak-anak tak boleh balik raya sebab PKP. Tangguh ke Raya Haji, masih lagi PKP.

Tangguh ke Deepavali pun tak menjadi. Tunggu pulak Krismas pun tak buat. Akhirnya, buatlah juga dah masuk 2022. Panjang mukaddimah!

RESEPI BISKUT DATIN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung kek/supperfine (Saya guna tepung biasa + 1 sk b.powder)
  • 1/2 cawan gula halus/kastor
  • 1 cawan buttercup (250g)
  • 3 sb susu pekat
  • 1 sk vanilla
  • 2 kuning telur (saya guna 1 je)
  • Jem nanas
  • Kertas kuih(paper cup)

CARA-CARA BUAT BISKUT DATIN:

1. Ayak tepung terlebih dahulu.

2. Kacau butter + gula.

3. Masukkan vanila dan telur.

4. Masuk susu dan tepung.

5. Sebatikan doh.

6. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan letak di tengah paper cup. Tekan doh pada kertas supaya leper.

7. Letak inti di tengah, lipat dua paper cup jadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper.

8. Bakar hingga masak lebih kurang 20 minit.

Sekian. Dah siap buat nanti boleh menunjuk pada jiran tetangga, bagi mereka rasa. Mesti mereka pun tak pernah dengar dan makan. Selamat mencuba buat Biskut Datin!

Sumber: Facebook Bam Azimad via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×