Deko & Hias

5 Fungsi Buah Lemon Untuk Bersihkan Rumah, Rupanya Boleh ‘Detect’ Tempat Banyak Bakteria!

49
SHARES

Mikroorganisma, virus dan bakteria hampir ada di semua tempat bukan sahaja berada di tempat awam, malah di dalam rumah juga ada tau. Jika di dalam rumah, tempat yang paling banyak bakteria adalah tandas dan dapur. Ia tak boleh dilihat melalui mata kasar tetapi terdapat cara lain yang tidak memerlukan belanja yang besar untuk mengetahui kawasan yang banyak bakteria di rumah hanya menggunakan lemon.

Baca juga: 7 Tanda Anak Belum Terjebak Dengan Ketagihan Gajet, Periksa Sebelum Terlambat

Malaysia negara beriklim lembap menjadikan kulat mudah menghinggap di rumah. Kawasan tumpuan mereka adalah tandas, dapur, bilik tidur dan kulit serta bahagian tubuh yang tersembunyi.

Potong 2 biji lemon perah sekitar tandas dan singki. Biar kejap, kemudian bilas. Kulitnya diletak dalam bekas dan dibiar dalam tandas. Tukar 2 hari sekali.

Selepas 24 jam, ini hasilnya. Ramai tidak percaya kuman, bacteria, parasites itu wujud. Sebab ia tidak terlihat dengan mata kasar.

#Tips murah matikan kuman singki dan tandas.

Singki dan tandas adalah tempat permulaan pembawa virus dalam rumah. Adakah anda suka basuh ikan, ayam dan sayur dengan biar mereka terbaring bebas dalam singki tanpa lapik apa-apa.

Korang mesti terkejut kalau boleh tengok dah berapa juta kuman melekat di sayur dan ikan anda. Belum pasti kaedah memasak anda berjaya hapuskan mereka. Kerana parasites adalah makhluk bijak yang boleh berubah bentuk ikut suhu di mana mana sahaja mereka berada.

Once mereka berjaya masuk tubuh kita, mereka akan ganggu semua system immune, hormone dan paling merisaukan mereka yang akan serap nutrients dari makanan yang kita makan.

Mereka juga mampu hantar signal kepada otak kita untuk makan makanan toxic kegemaran mereka untuk mereka aktif dan besar koloni dalam tubuh kita. Kita bagi mereka antibiotics. Ohh, lagilah mereka suka. Antibiotics lah yang boleh membesarkan lagi wilayah jajahan mereka.

5 FUNGSI BUAH LEMON BERSHKAN RUMAH

1. Membersihkan ketuhar gelombang mikro

Mesti susahkan nak bersihkan kotoran dalam microwave. Kalau nak bersihkan, sental kuat-kuat belum tentu hilang kotornya. Tapi bila gunakan lemon, kotoran degil senang betul hilang.

– Potong separuh buah lemon

– Picit dan keluarkan jus lemon dalam mangkuk yang diisikan dengan air

– Campurkan potongan lemon yang lebih dalam mangkuk sama

– Masukkan mangkuk berisikan jus lemon di dalam microwave

– Set masa microwave 3-5 minit dan suhu yang paling tinggi

– Setelah microwave berbunyi, biarkan ianya sejuk selama 5 minit

– Akhir sekali, keluarkan mangkuk lemon dan lap keseluruhan microwave dengan kain microfiber dan dah siap!

Lemon akan membuang segala bau yang tak diingini dalam microwave dan tanggalkan segala kotoran degil. Mudah betul.

2. Mangkuk tandas bersinar

Selalunya akan gunakan pencuci mangkuk tandas untuk hilangkan kotoran di tepi-tepi tandas. Tetapi kali ini, cara menggunakan lemon untuk membersihkan mangkuk tandas.

– Potong separuh buah lemon dan picitkan dalam mangkuk

– Letakkan sedikit garam di dalamnya

– Ambil berus toilet dan scrub atau gosok segala kotoran menggunakan air lemon tersebut

Tips, untuk bahagian yang kecil dan tersorok, gunakan berus gigi lama yang tidak digunakan dan gosok bahagian yang kecil dan mangkuk tandas akan bersinar dan bersih.

3. Cuci kaca dan gelas dengan buah lemon

Nak bersihkan kaca dan gelas bukannya perkara mudah.

– Picitkan 3 sudu besar jus lemon dalam botol spray

– Tambahkan secawan air di dalamnya

– Goncang sebati dan spray di cermin

– Kemudian, lap cermin dengan menggunakan kain microfiber dan dah siap!

Jangan lupa, gunakan air jus ni dalam masa 1-2 minggu sahaja, kalau lama sangat nanti akan bertukar bau. Dan bau itu, sangat tak menyenangkan!

4. Membersihkan papan pemotong

Pernah tak papan pemotong naik bau busuk walaupun dah dibersihkan? Selalunya, benda ini akan terjadi sebab pemotong tak dibersihkan secara mendalam.

– Potong separuh buah lemon

– Picitkan buah jus buah lemon di atas papan pemotong

– Taburkan sedikit garam di atas papan pemotong

– Kemudian, gunakan buah lemon untuk menjadi alat scrub papan pemotong

– Biarkan selama 6 minit sebelum membasuh dengan air suam dan keringkan

Cara ini selamat untuk membersihkan papan secara semulajadi dan tak menggunakan bahan chemical yang membahayakan.

5. Buah lemon boleh hilangkan kotoran kuning di baju

Kotoran di ketiak selalu kuning? Benda ini terjadi kerana peluh atau kesan deodorant. Susahnya nak hilangkan kesan kuning ini.

– Potong separuh buah lemon dan letakkan separuh air di dalam mangkuk

– Gunakan jus lemon dan air untuk menggosok atau scrub di bahagian yang kuning

Baju bersih dan kembali putih macam baju baru! Paling best sekali, baju wangi dan fresh sangat!

Sumber: Facebook Mizhana Padzi, Kelab mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×