Dapur

Boleh Hilangkan Bau Mulut, Ini 12 Khasiat Lemon Untuk Tubuh Badan Yang Sihat

1.5K
SHARES

Untuk jadikan tubuh badan sihat dan awet muda secara semula jadi bukanlah susah. Lemon adalah salah satu buahan yang mempunyai banyak khasiat lebih-lebih lagi jika diamalkan setiap hari. Ia memberi manfaat buat tubuh badan bukan hanya dari luaran tetapi, ia sangat bagus untuk dalaman seseorang. Jadi, menerusi post Umie Marissa telah berkongsi 12 kebaikan mengamalkan air lemon setiap pagi.

PETUA SIHAT, AWET MUDA & LAWAS

Pagi-pagi sebelum makan minum yang lain,minum dulu air suam + madu + lemon, sebelum minum selawat 21 kali, minta dijauhkan dari penyakit & hasad dengki.”Ya Allah,jauhkanlah aku dari segala penyakit, dari segala angin badan, dari segala hasad dengki, makhluk tiada kuasa hanya engkau yang maha kuasa Ya Allah.” Mencegah dari dapat penyakit itu lebih baik dari mengubati.. Alhamdulillah,umie memang amal tiap-tiap pagi, dulu-dulu amal air suam + madu je, lepastu dah berumur ni + lemon pula, kadang-kadang + kismis 21 biji…

KHASIAT LEMON

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan. Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Selain itu lemon juga terkenal sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati atau detox.

MINUM AIR LEMON SETIAP PAGI

Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1.ELAK MASALAH PENGHADAMAN

Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mampu mengelak masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati.

2.AGEN DETOX

Bertindak sebagai agen detox. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman ditambah dengan lemon yang dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati .

3.BEKALAN VITAMIN C SEMULAJADI

Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Ini bermakna Vitamin C sangat sangat penting seawal kita bangun dari tidur.

4.BUANG & RENDAHKAN ASID DALAM BADAN

Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan.

5. ELAK SEMBELIT

Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6.TINGKATKAN KESIHATAN KULIT

Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7.BANTU ELAK RISIKO BARAH

Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak risiko barah.

8.BANTU HADAM LEMAK DEGIL

Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. Hal ini membantu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

9.BANTU RAWAT SAKIT TEKAK

Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10.KURANGKAN MUKUS DAN KAHAK

Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Sesuai bagi merawat selsema, minum bersama air suam.

11.BANTU UNTUK KURUS

Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus dengan sihat dan selamat.

12.HILANGKAN BAU MULUT DI AWAL PAGI

Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Selamat mencuba!

Sumber: Umie Marissa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×