Asuh

7 Tanda Anak Belum Terjebak Dengan Ketagihan Gajet, Periksa Sebelum Terlambat

8
SHARES

Ramai yang telah mengetahui, hubungan anak dan gajet bukannya tidak boleh langsung dibiarkan kerana ada juga manfaatnya pada masa kini. Namun begitu, tempoh yang diluangkan oleh mereka perlu dikawal oleh ibu bapa kerana mempunyai kesan sampingan.

Malah, kanak-kanak perlu dibiarkan bergerak dengan melakukan pelbagai aktiviti dan jangan dibiarkan mereka tiada pergerakan seperti patung dalam tempoh yang lama. Hal ini akan membuatkan mereka terlepas untuk menikmati zaman kanak-kanak yang menyeronokkan kerana leka dengan telefon bimbit.

Baca juga: Tips Asingkan Tempat Tidur Dengan Anak, Anak Lebih Berani & Selamat!

Berikut merupakan 7 tanda-tanda:

Tanda 1

 

Anak masih mahu pulangkan handphone dan gajetnya apabila diminta.

Apabila anak-anak sedang bermain handphone, ibu bapa cuba meminta secara lembut kepada mereka. Jangan pakai ambil sahaja tau handphone atau gajet di tangannya.

Tanda 2 

Anak masih mampu tersenyum ceria ketika kita minta handphone dan gajet yang berada di tangannya.

Contohnya, ibu bapa meletakkan had masa untuk menggunakan handphone, maka bila habis masa itu minta handphone dan bagitahu masa penggunaan sudah habis.

Tanda 3 

Anak tidak mengamuk dan tidak memberontak ketika kita minta dia pulangkan gajetnya.

Ibu bapa boleh memberitahu anak-anak selepas habis satu channel ini, handphone dan gajet akan diambil. Hal ini boleh mendidik anak untuk tidak mengamuk.

Tanda 4 

Anak masih memilih untuk bermain dengan kawan dan mak ayahnya dibandingkan dengan gajet di tangan.

Contohnya, apabila saudara datang rumah anak-anak terus meninggalkan handphone dan pergi bermain bersama-sama mereka.

Tanda 5 

Anak tak jadikan handphone dan gajet sebagai hiburan utama dia.

Tidak dapat dinafikan, dalam handphone mempunyai pelbagai hiburan yang boleh menghiburkan mereka. Tetapi terdapat cara seperti bermain mainan, melukis, mewarna dan sebagainya.

Tanda 6

Handphone dan gajet tak kacau aktiviti hariannya seperti mandi, makan, bermain dan lain-lain.

Mereka boleh sahaja melakukan aktiviti harian tanpa bergantung pada handphone di sisi mereka.

Tanda 7

Anak masih boleh kawal kegelisahan hati dia apabila tak diberikan keizinan untuk bermain handphone dan gajet.

Malah, mereka dengan senang hati mengisi aktiviti harian dengan perkara yang digemari.

Periksa anak

Cuba periksa anak kita semua ada tak 7 tanda-tanda ini semua? Kalau tak ada, syabas saya ucapkan.

Tahniah!

Anda telah berjaya mendidik anak untuk menggengam gajet di dtangan bukannya menggenggam pada hati da fikiran. Tahniah!

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×