“Kenapa aku iron baju ni tak hilang kedut, stress!”
Pernah tak anda seterika baju tetapi kedutan di baju masih ada? Hal ini berlaku kerana suhu seterika adalah kurang panas dan iron board tidak dilapik menggunakan pelapik serap haba yang bersesuaian. Jadi, terdapat satu perkongsian di laman Facebook dimana terdapat cara cepat untuk iron baju tanpa ada sebarang kedutan tetinggal!
GUNA ALUMINIUM FOIL KETIKA IRON BAJU
Pssstttt pssstttt…Tak baca rugi tau!!
Uols…Hari ni iols cedok ilmu dari kenalan fb yang ajar spaya mempercepatkan proses iron baju! Kaedah ni guna aluminium foil, sebab aluminium foil ni kan serap haba so kita gosok baju bahagian depan, sekali arung bahagian belakang pun tergosok skali tanpa sengaja uolsss!
Gini kisahnya..Guna aluminium foil, balutkan iron board kita tu… iols punya ngam2 je sama saiz dengan iron board so iols tampal dengan double sided tape…Then… iols balutkan kain lain, of course pink!
Ni kain sisa-sisa buat cadar single bed masa duk hostel dulu. Pastu iols stapler kan jer…sebab iols punya ni tak ada sarung. So tadaaa dari buruk jadi comey sikit. Ye idok?
Balut iron board guna aluminium foil.
Selepas dah balut guna aluminium foil, balut semula dengan kain pelapik serap haba yang sesuai.
*Selamat seterika baju dengan cepat ya!
Sumber: Afnee Baker