Inspirasi

Akademi Bekerja Di Rumah, Bantu Suri Rumah Cari Duit Poket Lebih!

1.6K
reads
Akademi Bekerja Di Rumah

Akademi Bekerja Di Rumah

Bayangkan situasi begini:

1. Seorang ibu korbankan segulung ijazah yang diterima di universiti semata-mata untuk menjaga anak yang baru lahir.

2. Seorang ibu berhenti kerja setelah dapat anak kedua kerana tidak cukup masa untuk berikan kasih sayang pada anak-anak

3. Seorang isteri buat keputusan untuk tidak bekerja selepas berkahwin kerana mahu buat persediaan menjaga makan pakai suami dan anak-anak sepenuhnya.

4. Seorang ibu tidak percaya seratus-peratus pada orang gaji atau bibik kerana mahu melihat anak membesar depan mata.

5. Seorang ibu sanggup hantar anak pergi sekolah, dan jemput anak balik sekolah setiap hari dengan rasa seronok. Tidak sedikitpun rasa penat kerana rasa dapat jalankan tanggungjawab sepenuhnya.

6. Seorang ibu ada masa untuk pergi ke kuliah pagi di masjid, 2 minggu sekali sambil bawa anak yang belum bersekolah tatkala suami pergi kerja.

Semua di atas hanyalah sekadar contoh. Ramai mengimpikan senario di atas, tetapi tidak boleh mengecapinya atas tuntutan kerja. Desakan wang dan kesempitan untuk menyara kehidupan dengan duit gaji memaksa ibu terus bekerja, dan meninggalkan anak-anak tinggal di rumah penjaga atau nursery yang berdekatan.

Familiar bukan? Adakah anda salah seorang daripada mangsa rat-race ini?

Tugas sebenar ibu

Sebenarnya, seorang ibu itu tugasnya di rumah. Mencari rezeki itu tugas suami. Cukup atau tidak wang yang bakal suami berikan, itu mungkin boleh dibincangkan lagi dengan lebih lanjut. Pokoknya, ramai yang tidak sanggup berhenti kerja kerana katanya takut belanja rumah tidak cukup.

Bekerja dari rumah

Walaupun ada ura-ura di mana boss boleh beri kelonggaran untuk work from home, ia hanya sekadar mitos. Jarang-jarang berlaku di mana-mana organisasi. Beruntung jika ada boss yang memberikan kelonggaran seperti ini.

Alternatifnya, bagaimana kalau saya katakan, ada grup sokongan dan bimbingan di Malaysia yang boleh membantu anda merealisasikan impian untuk tinggal di rumah menjaga anak-anak sambil menjana wang?

Ingin tahu lebih lanjut?

Inilah dia Akademi Bekerja Di Rumah

Akademi Bekerja Dari Rumah

Akademi ini dipelopori oleh Puan Masayu Ahmad. Suatu masa dahulu, beliau bekerja di Kumpulan Karangkraf sebagai wartawan di Majalah Mingguan Wanita. Kemudian, beliau berkhidmat di Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai Pegawai Penerbitan. 

Tujuan beliau mewujudkan ABDR ialah untuk membantu suri rumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah melalui medium blog dan Facebook, secara sepenuh masa atau sambilan.

Apa istimewanya ABDR ini?

Takut untuk mula bisnes? Tidak tahu apa yang perlu dilakukan? ABDR mempunyai kumpulan sokongan dan bimbingan yang saling membantu antara satu sama lain.

Usah risau. ABDR ada menyediakan kelas asas blog dan fanpage yang bakal merubah hidup para suri rumah yang lain. Selain itu, ada juga kelas penulisan kreatif secara online untuk menghasilkan ebook. Bagi yang berminat dengan marketplace, ada juga kelas untuk beriklan di mudah.my.

Peserta adalah dari kalangan suri rumah dan juga yang berkerjaya. Peserta juga akan diserap masuk ke dalam kumpulan tertutup untuk komunikasi yang lebih intim.

Dengan kata lain, anda tidak akan keseorangan. Tidak akan terkontang-kanting, tidak tahu mana nak tuju. Segalanya akan dibimbing sesama rakan.

Akhir kata

Rezeki Allah itu luas. Dengan menjadi surirumah, tidak bermakna tidak boleh menjana pendapatan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membantu suami dan keluarga, lebih-lebih dalam kesempitan ekonomi akhir-akhir ini.

Artikel seperti mula bisnes tanpa modal juga sangat-sangat membantu.

Sertai Akademi Bekerja di Rumah di Facebook dan dapatkan panduan bekerja di rumah untuk ubah hidup anda hari ini. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Yang Popular

To Top