DIY & Kraf

Cara Buat Sticker Nama Guna Microsoft Words, Senang Nak Label Buku Sekolah Anak

10
SHARES
CARA BUAT STICKER NAMA 

Ibu ayah nak tahu tak cara buat sticker nama untuk anak? Ini merupakan cara paling mudah dan jimat untuk menghasilkan sticker.

Tak perlu beli tempah mahal-mahal di kedai kerana hasilnya memang wow! Rugi kalau tak cuba.

Baca juga: Alamak Elektrik Terputus Pulak! Bertenang, Ini 4 Cara Buat Pelita, Boleh Tahan Sampai Pagi!

CARA BUAT STICKER NAMA, LEBIH JIMAT & MURAH BANYAK!

Hanya bermodalkan RM2.10 sepeket ada 15 keping. 15 x 55 keping sticker per sheet dapat dalam 800 lebih keping. Banyak ui!

1. Buka Microsoft Word.

CARA BUAT STICKER NAMA 

2. Klik bahagian mailing dan labels.

CARA BUAT STICKER NAMA 

3. Kemudian, klik options di bahagian bawah.

CARA BUAT STICKER NAMA 

4. Pilih new label.

CARA BUAT STICKER NAMA 

5. Namakan template sticker korang. Saya remark 4141**** sebab itu barcode sticker. Senang lepas ini, boleh beli barcode yang sama sahaja.

CARA BUAT STICKER NAMA 

6. Tukar page size to custom.

CARA BUAT STICKER NAMA 

7. Page width dan page height ikut size ukuran kertas sticker. Pastikan ukur menggunakan pembaris supaya tak salah ukuran.

CARA BUAT STICKER NAMA 

CARA BUAT STICKER NAMA 

8. Kira bacaan top margin dan side margin. Kalau boleh, jangan bundarkan. Biar sahaja 0.25cm macam tu. Jangan bundar kepada 0.3cm. Margin akan lari nanti.

CARA BUAT STICKER NAMA 

CARA BUAT STICKER NAMA 

9. Masukkan label height and width. Ukuran label ini adalah ukuran sticker korang. Tengok dalam kotak putih di bawah dan rujuk anak panah cara untuk ukur.

CARA BUAT STICKER NAMA 

CARA BUAT STICKER NAMA 

10. Vertical pitch and horizontal pitch ini agak mengelirukan sikit. Hati hati!

CARA BUAT STICKER NAMA 

Vertical- ukuran dari mula sticker atas hingga mula sticker bawah.

Horizontal- ukuran dari mula sticker kiri hingga mula sticker kanan.

CARA BUAT STICKER NAMA 

11. Number across dan down ini paling penting supaya jarak sticker korang tak lari. Kena kira betul-betul.

CARA BUAT STICKER NAMA 

Number across- jumlah sticker dari kiri ke kanan.

Number down- jumlah sticker dari atas ke bawah.

CARA BUAT STICKER NAMA 

12. Lepas dah siap masukkan ukuran, klik ok.

CARA BUAT STICKER NAMA 

13. Ruangan address itu, taip apa yang korang nak print dekat sticker tu.

14. Kalau nak tukar tulisan atau size, tekan right click je.

15. Pastikan korang pilih full page dan print!

CARA BUAT STICKER NAMA 

Siap! Inilah hasilnya.

CARA BUAT STICKER NAMA 

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Baiki TV Rosak Berjalur Guna Salotape Sahaja, Memang Jimat Banyak!

Sumber: Facebook Ezzaty Liyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×