Sihat

“Tahu Membohong Je Kerja Kau..”- Ini Tanda Seseorang Alami Bohong Patologi

4
SHARES

Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai tingkah laku yang gemar berbohong? Sekiranya pernah, mungkin individu tersebut mengalami kondisi yang dinamakan bohong patologi atau dikenali sebagai ‘pathological lying’ seperti yang dikongsikan oleh Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Kebiasaannya, individu tersebut bukan sahaja menjadikan pembohongan itu sebagai satu kebiasaan, malah ia adalah keperluan untuk memuaskan ego dan memperkayakan realiti. Justeru itu, mari ikuti butiran terperinci mengenai definisi, ciri-ciri, punca dan pencegahan bohong patologi di bawah.

Baca juga: Apa Perlu Buat Bila Air Masuk Telinga? Awas, Jangan Buat 3 Perkara Ini!

BOHONG PATOLOGI, SI KUAT MENIPU

Gambar hiasan: Jametlene Reskp – Unsplash.

Pernah tak jumpa seseorang yang selalu berbohong? Perkara-perkara kecil pun dia nak berbohong? Itu adalah sebahagian tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami kondisi yang dinamakan bohong patologi (pathological lying).

Semua orang pernah berbohong. Berbohong adalah tingkah laku yang biasa dalam hidup seharian, tetapi apabila berbohong menjadi sebahagian daripada identiti seseorang, ia bukan lagi sesuatu yang normal.

Apabila berbohong bukan sahaja menjadi kebiasaan, malah menjadi keperluan untuk memuaskan ego dan memperkayakan realiti. Maka, inilah yang disebut sebagai bohong patologi.

Bohong patologi bukanlah masalah remeh yang boleh diabaikan, tetapi ia adalah kondisi yang boleh mempengaruhi hubungan dan kehidupan seseorang. Hari ini, kita akan bincang tentang pemahaman, ciri-ciri, punca dan cara-cara untuk mencegah bohong patologi.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami masalah ini, teruskan membaca kerana ia akan memberikan pandangan dan maklumat yang berguna untuk membantu.

DEFINISI BOHONG PATOLOGI

Bohong patologi juga dikenali sebagai mitomania atau pseudologia fantastica, adalah tingkah laku yang dicirikan oleh kekerapan yang tinggi untuk berbohong tanpa ada sebarang motif atau keuntungan yang jelas. Tingkah laku ini sangat desktruktif dan boleh mempunyai kesan serius kepada individu dan hubungan mereka dengan orang sekitarnya.

CIRI-CIRI BOHONG PATOLOGI

  • Bohong secara berlebihan, tanpa motif yang jelas.
  • Pembohongan yang rumit, serta kerap berubah.
  • Bohong walaupun berkata benar lebih baik.
  • Tiada tanda-tanda penyesalan atau rasa bersalah.
  • Keinginan untuk memperbesarkan hal kecil.
  • Keterdesakan untuk menagih perhatian atau pujian.
  • Tidak sedar pembohongan memberi kesan pada orang lain.

PUNCA BOHONG PATOLOGI

Punca sebenar bohong patologi tidak difahami dengan baik, tetapi pelbagai teori menunjukkan bahawa ia mungkin merupakan gabungan faktor biologi, psikologi dan persekitaran.

Gambar hiasan: Google.com.

1. BIOLOGI

Kajian menunjukkan bahawa ketiak-normalan otak atau ketidakseimbangan dalam neurotransmitter mungkin memainkan peranan dalam bohong patologi. Ini berlaku susulan aripada sesuatu penyakit atau kecederaan.

2. PSIKOLOGI

Gangguan personaliti sempadan, narsistik atau histrionik boleh menyumbang kepada tingkah laku ini. Trauma, penindasan atau pengabaian semasa kanak-kanak juga boleh menyumbang kepada pembentukan bohong patologi.

3. PERSEKITARAN

Membesar dalam persekitaran (tepat dan budaya masyarakat) di mana tingkah laku berbohong boleh diterima atau diraikan akan meningkatkan kemungkinan pembentukan tingkah laku ini.

PENCEGAHAN BOHONG PATOLOGI

Gambar hiasan: Google.com.

Seperti kita tahu, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Berdasarkan teori pembentukan tingkah laku bohong patologi ini, beberapa cara untuk mencegah kondisi ini telah digariskan:

1. MENDORONG KEJUJURAN

Memperkuatkan kejujuran pada kanak-kanak dengan memberi pujian terhadap kejujuran dan penegahan apabila berlaku pembohongan.

2. MENGUBAH PERSEKITARAN

Mencari persekitaran yang menyokong dan mempromosikan kejujuran dan memupuk budaya kepercayaan serta keikhlasan.

3. PEMBANGUNAN DIRI

Belajar mengendalikan emosi dan mengatasi tekanan dan stress secara positif boleh membantu mengurangkan kecenderungan untuk berbohong.

4. MENANAMKAN RASA TANGGUNGJAWAB

Memahami kesan tingkah laku kita terhadap orang lain menjadikan kita lebih jujur dan mengurangkan kecenderungan untuk berbohong.

5. MENCARI RAWATAN

Jika kita kerap berbohong, dapatkan rawatan. Terapi perilaku dan psikoterapi boleh membantu mengatasi masalah bohong patologi.

Bohong pathologi adalah masalah yang serius yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang secara negatif. Ia boleh membawa kepada kehilangan kepercayaan dan hubungan yang rapuh dengan orang lain, serta mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi.

Rawatan yang tepat dan pencegahan yang wajar, boleh membantu memperbaiki keadaan dan memastikan bahawa tingkah laku jujur dan tanggungjawab menjadi asas dalam hidup kita.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×