Madu kaya dengan antioksidan dan nutrien penting yang mampu memberi pelbagai manfaat kesihatan. Namun cara makan madu dengan betul perlu diketahui agar khasiatnya dapat diserap di dalam badan.
Berikut penulis kongsikan beberapa cara makan madu dengan betul. Jangan gunakan cara yang salah kerana akan menyebabkan kerugian.
Baca juga: Kalau Nak Diet Tak Payah ‘Cut’ Minum Air Manis Pun, Ini Cara Nak Buat & Badan Pun Tak ‘Shaking’!
CARA MAKAN MADU DENGAN CARA BETUL, BARU BERKESAN
1. Pilih madu yang asli
Hati-hati ketika membeli madu. Hal ini kerana 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.
2. Minum madu untuk rawat sakit di bahagian kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Bagi rawatan di bahagian kepala, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.
3. Rawatan di bahagian badan
Ambil satu sudu teh pada selepas waktu dhuha ke zohor. Kacau madu ikut arah lawan jam kerana semua benda akan menghasilkan tenaga.
Manakala mengacau ikut arah jam akan menguraikan tenaga dan tidak menjadi ubat kepada badan. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.
4. Ambil madu untuk rawat bahagian pinggang ke bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.
Jika badan panas: masukkan madu terlebih dahulu dalam gelas dan baru campurkan air.
Jika badan sejuk: tuang air dulu dalam gelas baru campur madu.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Kulit Wajah Makin Cantik & Anjal Bila Makan Jagung Muda, Rugi Siapa Yang Belum Tahu!
Sumber: Facebook