40 Minggu

Khasiat Madu Yang Wanita Hamil Tidak Tahu Dan Perlu Amalkan!

141
SHARES

Siapa yang tidak kenal madu bukan? Ramai orang tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang tinggi dan bagus untuk tubuh badan. Madu terdiri dari beberapa kandungan, antaranya adalah air, karbohidrat, vitamin seperti vitamin B dan C dan mineral seperti kalsium, zat besi, dan sodium. Tetapi, tahukan anda, pengambilan madu juga sangat digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung? Kalau nak tahu kenapa madu sangat bagus untuk wanita mengandung, jom kita baca apakah kebaikkan madu ini!

1. Antibiotic semulajadi

http://www.kidspot.com.au/

http://www.kidspot.com.au/

Tubuh badan wanita mengandung akan mengalami beberapa perubahan dari segi luaran dan juga dalaman dan mudah untuk terdedah kepada jangkitan kuman. Hal ini kerana, dalam masa ibu mengandung sedang menyesuaikan diri dengan kandungan di dalam perut, menyebabkan tubuh badan mereka agak lemah. Oleh itu, bagi ibu mengandung, agak merbahaya bagi anda untuk mengambil ubat-ubatan tanpa mendapat pandangan dari pakar. Oleh itu, cara semulajadi untuk perkara ini adalah dengan pengambilan madu. Madu sudah dipercayai sebagai salah satu pemakanan semulajadi untuk menguatkan ‘anti-body’ wanita hamil kerana kandungan khasiatnya.

2. Legakan ketidakselesaan perut

http://www.babycentre.co.uk/

http://www.babycentre.co.uk/

Madu adalah salah satu makanan semulajadi yang bagus untuk merawat ketidakselesaan perut bagi wanita hamil. Perut meragam, pedih atau tidak selesa selalu terjadi dalam kalangan mereka. Sekarang, anda boleh cuba ambil satu sudu madu bersama segelas susu jika perut tidak berasa selesa. Madu tidak akan meloyakan anda, sebaliknya menambahkan rasa manis semulajadi dan khasiat di dalam makanan anda.

3. Kurangkan ‘morning sickness’

http://blog.healthy.co.nz/

http://blog.healthy.co.nz/

‘Morning sickness’ adalah perkara yang paling digeruni oleh ibu-ibu mengandung di luar sana bukan? Emosi yang tidak menentu, selalu muntah, dan pening kepala adalah antara contohnya. Tetapi, tahukah anda bahawa situasi ini tidak boleh dipandang remeh? ‘Morning sickness’ dalam kalangan ibu hamil boleh menyebabkan anda hilang selera makan dan dehidrasi. Solusi yang terbaik adalah dengan mengambil madu satu sudu setiap pagi sebelum makan supaya khasiat madu tersebut dapat diserap dengan baik oleh sistem badan.

4. Membunuh bakteria perut

http://www.bq-magazine.com/

http://www.bq-magazine.com/

Bakteria jenis ‘helicobacter pylori’ adalah sejenis bakteria yang boleh menjangkiti perut manusia. Wanita hamil adalah antara yang akan mudah terdedah dengan bakteria sebegini. ‘Helicobacter pylori’ boleh menyebabkan ketidakselesaan dan pedih perut seterusnya dengan lebih teruk menyebabkan ulser dalam perut. Oleh itu, dengan pengambilan madu, ia dapat membunuh bakteria ini dan juga dapat mengelakkan wanita hamil dari terkenan penyakit ulser.

5. Kurangkan alergik

www.sciencedaily.com

www.sciencedaily.com

Mengalami simptom alergik adalah antara yang tidak digemari oleh ibu hamil. Lain orang, lain caranya. Mungkin ada sesetengah dari anda yang tidak mendapat ‘gangguan’ dari alergik. Diingatkan juga di sini bahawa, setiap pengambilan ubat, adalah sangat penting untuk mendapatkan nasihat pakar dahulu kerana mungkin dapat menjejaskan kandungan anda. Oleh itu, jika anda mahu merawat alergik secara semulajadi, anda boleh menggunakan madu. Hebatnya madu adalah ia akan kembali ‘neutralise’ masalah alergik anda dan mengelakkan alergik tersebut dari menjadi lebih teruk.

6. Mengurangkan batuk dan sakit tekak

http://www.babycentre.co.uk/

http://www.babycentre.co.uk/

Seperti yang sudah ditegaskan, pengambilan ubat-ubatan bagi wanita hamil adalah sangat penting untuk mendapatkan konsultasi dari pihak pakar. Hal ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi pada kandungan kerana kita tidak tahu bahawa ubat tersebut sesuai atau tidak dengan kondisi tubuh badan. Ternyata! Madu memang merupakan solusi yang terbaik untuk mengubati batuk dan sakit tekak, kerana kondisi ini sememangnya akan berlaku dalam kalangan wanita hamil. Ambil satu sudu madu bersama air , amalkan dan batuk anda akan berkurangan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×