Mengantuk pada waktu pagi adalah masalah biasa yang dialami oleh ramai orang dan boleh mengganggu produktiviti. Kebanyakan individu memilih untuk mengambil kafein sebagai salah satu cara mencegah diri daripada rasa mengantuk.
Namun sebenarnya, terdapat beberapa cara lain yang boleh membantu menghilangkan rasa mengantuk selain ambil kafein. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda cuba seperti disenaraikan di bawah.
Baca juga: [VIDEO] Pergerakan SALAH Bila Bangun Tidur Punca Sakit Tulang Belakang, Begini Cara Betulnya!
WAKTU PAGI TIPS HILANGKAN NGANTUK
1. Mulakan hari dengan minum segelas air putih
Memulakan hari dengan segelas air sangat berkesan dalam menangani rasa mengantuk. Semasa tidur, badan kehilangan cecair dan menggantikannya dengan air boleh membantu menghidrat badan serta meningkatkan metabolisme.
Ia juga membantu membersihkan toksin dalam badan, supaya anda berasa lebih segar.
2. Aktiviti fizikal secara teratur
Walaupun hanya regangan atau berjalan boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan aliran darah, menjadikan badan lebih berjaga-jaga. Senaman juga membebaskan endorfin yang boleh meningkatkan mood dan mengurangkan tekanan.
3. Sarapan jadikan rutin
Sarapan pagi adalah makanan terpenting yang membekalkan tenaga selepas berpuasa semasa tidur.
Makanan berkhasiat seperti oatmeal, roti gandum, telur dan buah-buahan boleh memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk memulakan aktiviti.
4. Ambil makanan berkhasiat
Beri perhatian kepada pengambilan makanan sepanjang hari dengan memilih makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Antaranya adalah sayur-sayuran hijau, buah-buahan, bijirin penuh dan kekacang.
Elakkan makanan yang diproses dan segera yang boleh membuat anda berasa letih.
Baca juga: 7 Ciri Lelaki Mandul Fizikal Yang Boleh Dikesan, Jangan Salahkan Wanita Sahaja!
5. Hadkan pengambilan kafein
Kafein boleh memberikan rangsangan tenaga sementara, tetapi penggunaan berlebihan sebenarnya boleh mengganggu kualiti tidur anda.
Sebaiknya hadkan pengambilan kafein dan elakkan mengambilnya beberapa jam sebelum tidur.
6. Nikmati sinar matahari pagi
Pendedahan kepada cahaya matahari pagi boleh membantu mengawal jam biologi badan dan meningkatkan pengeluaran serotonin yang baik untuk mood. Cuba berjemur selama 15-20 minit setiap pagi.
7. Amalkan tabiat tidur yang baik
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup (7-9 jam setiap malam) dan mempunyai rutin tidur yang konsisten dengan mewujudkan persekitaran tidur yang selesa dan tenang.
8. Berhenti merokok
Merokok boleh merosakkan kualiti tidur dan membuat anda berasa letih pada waktu pagi. Mengurangkan atau berhenti merokok boleh membantu meningkatkan tenaga.
9. Kurangkan stres
Tekanan tinggi boleh menjejaskan corak tidur dan menyebabkan keletihan. Cari cara untuk menguruskan tekanan, seperti berehat atau bercakap dengan rakan.
Baca juga: Berdiam Diri Tak Semestinya Baik! Ramai Setuju Inilah Individu Yang Paling Jahat Di Tempat Kerja
Kesimpulan
Rasa mengantuk pada waktu pagi sememangnya boleh mengganggu aktiviti harian.
Namun, seperti dipetik dari pafikabsukamara.org, dengan mengamalkan tabiat sihat seperti minum air ketika bangun tidur, bersenam secara teratur dan mengekalkan diet yang baik, anda boleh meminimumkannya malah dapat mengatasinya secara berkala.
Di samping itu, penting untuk menjaga kualiti tidur dan mengelakkan tabiat buruk untuk memulakan hari dengan lebih segar dan bertenaga.
Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini
Sumber: Suara.com
FT Image: Shutterstock/Kateryna Onyshchuk